Komen Siti Nurhaliza untuk Ayda Jebat.. (4 gambar)

Pada: Jumaat, 4 Mac 2016
Siti Nurhaliza Komen Kemenangan Ayda Jebat di AME2016
Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin, 37, akui tidak kecewa dengan kemenangan Ayda Jebat dalam anugerah MeleTop Era 2016 (AME 2016) yang lalu.

Malah kemenangan Ayda pada malam itu diterima positif olehnya. Menurut Siti, kemenangan pada malam tersebut adalah kerana undian peminat dan bukannya keputusan juri professional.
 Bagi Siti, anugerah tersebut berbeza dengan Anugerah Industri Muzik (AIM), kerana AIM merupakan satu anugerah yang melibatkan tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Malah para juri terdiri daripada ketiga-tiga negara berbeza pula dengan anugerah pada malam itu, kemenangan diraih adalah berdasarkan undian peminat.

Menurut sumber dari sebuah portal hiburan, Siti tidak kecewa dengan keputusan itu malah menerima baik akan keputusan itu, namun sebaliknya jika di Anugerah Industri Muzik.

Anugerah tersebut adalah bertujuan untuk mendekatkan peminat dengan artis pujaannya dan sebagai penghargaan para peminat mengundi artis pujaan mereka di dalam setiap kategori yang tercalon.

Menurusi kategori Penyanyi MeleTOP itu, Ayda bukan sahaja menewaskan penyanyi bersuara lunak tersebut malah turut mengalahkan Akim Ahmad.

Bagaimanapun kemenangan Ayda Jebat pada malam itu telah mendapat respon daripada netizen dan peminat Siti yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Antara komen-komen yang memenuhi timeline Twitter pada malam itu:

Komen Dato Siti Nurhaliza Tentang Kemenangan Ayda Jebat di Anugerah Meletop Era 2016


Komen Dato Siti Nurhaliza Tentang Kemenangan Ayda Jebat di Anugerah Meletop Era 2016


Komen Dato Siti Nurhaliza Tentang Kemenangan Ayda Jebat di Anugerah Meletop Era 2016

Bagi Siti, dia tidak mahu mengulas mengenai keputusan tersebut dan mengerti apa yang peminat-peminatnya rasa setelah berhempas pulas mengundi tetapi keputusan tidak seperti yang diharapkan. 

Bukan sahaja netizen dan peminat Siti yang mempertikaikan pemenang-pemenang pada malam itu. Terdapat juga dalam kalangan artis yang menyuarakan pandangan sinis terhadap para pemenang.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..