Kekasih baru Fiza Elite..

Pada: Selasa, 29 Mac 2016
Fiza Halim, mendedahkan dirinya kini sedang bahagia bersama seorang jejaka yang baharu dikenalinya. Fiza bagaimanapun enggan mendedahkan identiti jejaka itu buat masa ini. Beliau juga membiarkan peminat menilai sendiri sejauh mana perhubungan itu terjalin menerusi beberapa gambar yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
"Saya belum bersedia untuk memberi komen lanjut mengenai perhubungan itu. Begitupun diakui, saya bahagia dengan seseorang.

"Lagipun gambar yang saya muat naik di Instagram sudah menunjukkan status perhubungan itu," katanya kepada BH Online.

Fiza berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa gambar mesra dirinya bersama seorang jejaka seperti yang dimuat naik olehnya ke laman Instagram.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..