Inilah sebab mengapa Johan enggan dedahkan wajah anaknya..

Pada: Rabu, 2 Mac 2016
Pelawak terkenal Johan mengakui yang dia tidak mahu memberikan nampak wajah anak-anaknya atas faktor keselamatan.
"Saya tidak suka anak saya jadi perhatian kerana faktor keselamatan. Ada yang tawarkan mereka untuk penggambaran tetapi saya tidak berminat.

"Mereka bukan artis dan biarlah mereka fokus kepada pelajaran dan menjalani kehidupan seperti orang lain,

"Apa yang saya muat naik di laman sosial ialah cara kehidupan kami yang normal seperti orang lain juga. Kalau saya membebel dan marah tentang sesuatu perkara saya akan tulis di Instagram.

"Sejujurnya saya pun terkejut kerana jika dibandingkan kami dengan pasangan lain, sudah tentu mereka jauh lebih banyak pengikut, namun ini adalah rezeki," ujarnya kepada mStar Online.
Johan dan Ozlyn berkahwin pada Julai 2009 dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..