Hubungan Zulin Aziz, Ariz Forteen rengang?

Pada: Rabu, 2 Mac 2016
Diketahui umum, hubungan yang terjalin antara pelakon dan pengacara Zulin Aziz dan Ariz Forteen sangat rapat sehingga menjadi bualan dalam kalangan netizen.

Namun begitu, timbul desas-desus mengatakan hubungan mereka kelihatan renggang kerana campur tangan dari peminat.

“Kami berdua sebenarnya tidak ada masalah, hubungan kami masih baik apatah lagi bergaduh pun tidak pernah.

“Cuma keadaan tidak mengizinkan kami bertemu lagi, ini kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya. Kami sudah lama tidak berjumpa kira-kira dalam lingkungan tiga ke empat bulan, sebab itulah kami dilihat sudah renggang dan tidak bersama lagi,” kata Zurin Aziz
Tambah Zulin, perkara ini ada baiknya agar tidak menjadi perbualan netizen yang salah faham tentang persahabatan kami berdua.
“Sekurang-kurangnya orang tidak salah faham akan hubungan kami, jadi tak perlulah saya nak pening-pening fikirkan apa yang orang nak cakap tentang kami berdua,” ujarnya memetik portal gosipmalaysia.com

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..