Fizo jawab isu belum dapat zuriat...

Pada: Ahad, 13 Mac 2016
Hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, Fizo Omar dan Mawar Karim dikatakan telah terima banyak persoalan daripada peminatnya mengenai zuriat daripada mereka.

Bagi Fizo dia menafikan dirinya dan isterinya, Mawar mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat, ini bukanlah disebabkan proses kesihatan dan sebagainya, hanya belum ada rezeki ke arah itu.
Bila orang terus bertanyakan soal ini selepas hampir tiga tahun berkahwin, jujur saya katakan tidak ada rasa marah atau malu untuk menjawab.

Kami tidak ada masalah kesihatan atau apa, cuma hal ini berbalik kepada rezeki. Tetapi dalam masa yang saya kami tetap berusaha. Buat masa sekarang juga kami sedang mendapatkan khidmat nasihat dari pakar dalam hal ini.

Bagi sesetengah orang mungkin di usia perkahwinan sekarang dia sudah mempunyai zuriat, tetapi itu rezeki dia yang saya tidak perlu pertikaikan. Sebabnya dalam waktu sekarang juga Allah sudah kurniakan kami dengan bermacam rezeki lain, yang harus kami syukuri." -Fizo memetik Utusan

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..