Filem dan lakonan pertama Rani Kulup.. Jeng-jeng..

Pada: Jumaat, 18 Mac 2016
Abdul Rani Kulup Abdullah yang terkenal dengan tagline 'kipidap' akan menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya serisu sekiranya kemunculan dia menerusi filem Kipidap! Selamatkan Hari Jadi dengan bergandingan dengan Atikah Suhaime diterima baik penonton.

Bagaimanapun kata Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) itu, dia menerima banyak tawaran daripada produksi termasuk KRU Studios dan Skop Productions Sdn Bhd.
"Saya sebenarnya tidak pernah berhasrat untuk berlakon tetapi apabila ada tawaran saya terima kerana ingin membuktikan kepercayaan diberikan pihak produksi.

"Alhamdulillah biarpun nashkah pertama ini belum masuk panggung tetapi saya bakal ke set penggambaran dua buah filem pada April ini,

"Filem ini bukan sekadar filem komedi tetapi ia mempunyai banyak pengajaran bertepatan dengan tagline 'kipidap' itu sendiri yang membawa maksud Kita Pilih Damai dan Perpaduan," katanya kepada mStar Online.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..