Faizal AF4 pernah jadi penagih, kini bahagia dengan isteri ke-3

Pada: Isnin, 7 Mac 2016
Faizal AF4 mengakui kegagalannya mengawal diri hingga terjebak dengan anasir negatif meragut kerjaya seni dan hampir memusnahkan hidupnya. Faizal berkata, populariti yang diraih membuatnya lupa bumi yang dipijak dan akhirnya terjebak dengan perbuatan sia-sia. Ketelanjurannya itu juga menyebabkan dua perkahwinannya menjadi korban.

Kesal dengan apa yang berlaku, Faizal mengakui dirinya sudah berubah, malah pertemuan dengan isteri yang dinikahinya pada November lalu, Sahidatul Najiha memberikan harapan kepadanya untuk memulakan hidup baharu.

"Ia perkahwinan ketiga saya dan tidak dinafikan, pada permulaan isteri kerap menangis kerana perbuatan saya. Alhamdulillah, berkat doa dan kesungguhannya yang ingin melihat saya berubah, saya tidak lagi terbabit dengan gejala yang sia-sia. Saya tidak mahu melihatnya menderita lagi.

"Tanpa sokongannya dan rakan kongsi perniagaan, Linda Mohd Shariff, kehidupan saya mungkin masih terumbang-ambing. Mungkin saya tidak mewah, tetapi apa yang ada hari ini cukup untuk membahagikan isteri dan keluarga.

"Saya bersyukur isteri yang kini hamil tiga bulan menerima saya seadanya malah tidak pernah berputus asa untuk melihat saya kembali pulih," katanya.
Faizal yang pernah popular dengan lagu, Datanglah dan Lihatlah mengakui, dakwaan mengatakan dirinya terjerumus dalam gejala negatif adalah benar. Ia bermula apabila dirinya terpengaruh dengan hasutan rakan-rakan untuk mencuba dan tanpa disangka, memberikan kesan buruk kepada kehidupannya.

Disebabkan terlalu mengikut kata hati, dua perkahwinannya yang terdahulu gagal diselamatkan. Menurut Faizal, perkahwinan pertamanya bertahan selama tiga tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Alia Damia, 7.

Perkahwinan kedua pula musnah tidak sampai setahun.
"Saya tidak menyalahkan bekas isteri kerana kegagalan itu berpunca daripada kesilapan sendiri. Ketika berdepan konflik rumah tangga, saya semakin hanyut kerana terlalu tertekan. Tidak mahu terus hidup begitu, saya nekad pulang ke kampung halaman, tiga tahun lalu. " -tambah Faizal memetik Bharian

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..