Eizlan Yusof dah ada penganti Vie Shantie?

Pada: Selasa, 15 Mac 2016
Sebelum ini, ramai yang mengetahui Datuk Eizlan Yusof sudah tiga kali meluahkan hasratnya untuk rujuk semula bersama Vie Shantie Khan, namun tiada jawapan yang diberikan oleh bekas isterinya.

Sedikit hampa rasanya lebih-lebih lagi dengan gosip percintaan Vie dan Zizan Razak, Eizlan memberitahu pintu hatinya belum terbuka untuk menerima mana-mana wanita dalam hidupnya meskipun ada yang cuba mendekati dirinya.

Walaubagaimanapun, menurut satu laporan oleh Diva Kosmo! , ada sumber terdekat Eizlan mengesahkan aktor itu sudah bertemu dengan seorang wanita yang berjaya mencuri hatinya.

Jelas sumber itu lagi, wanita itu bukan seorang artis tetapi usianya lebih kurang dengan Vie.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..