DJ Lin dapat hadiah pakaian dalam. WOW..

Pada: Jumaat, 18 Mac 2016
Sepanjang 10 tahun mengendalikan segmen Suria Cinta di stesen radio Suria FM, penyampai radio popular DJ Lin mendedahkan dia pernah menghadapi trauma diganggu lelaki misteri termasuk menerima hadiah pakaian dalam.

Memetik laporan mStar online, Lin menyifatkan pemberian pemberian daripada peminat psiko yang mungkin ada masalah gangguan jiwa.


"Memang saya tergamam dan takut sehingga tidak tahu apa yang perlu dibuat ketika itu. Insiden itu membuatkan saya agak trauma untuk pulang dari selepas bertugas pada setiap malam.

“Mujurlah ia tidak berlarutan. Alhamdulillah, kini saya diberi kekuatan dan jalan bagaimana untuk berhadapan dengan orang sebegini. Pendekatan yang saya ambil, jangan terlalu lebih melayan, itu sahaja,"

“Biasalah, saya mengelola segmen bertemakan cinta sehingga larut malam. Justeru, tidak saya nafikan akan ada lelaki-lelaki yang cuba dekati saya dengan pelbagai cara. Alasannya, mereka tergoda dengan cara dan gaya penyampaian saya.

"Ada yang dekati dengan cara berhemah malah ada yang sebaliknya. Jika berhemah, bolehlah saya handle dengan tenang. Tetapi kalau sebaliknya, naik seriau juga," kata ibu tunggal dua cahaya mata ini

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..