Chef program realiti tidak berkualiti - Chef Wan

Pada: Khamis, 10 Mac 2016
Datuk Chef Wan berpendapat kemunculan chef baharu yang bagaikan cendawan tumbuh menerusi program realiti televisyen tidak banyak membantu melahirkan seorang selebriti chef yang berkualiti.

Tambah Chef Wan kebanyakkan mereka kurang pengalaman dan masih mentah untuk berada di skrin televisyen.

"Saya tidak rasa program realiti yang diperkenalkan untuk melahirkan chef ini membantu mencari seorang chef yang berkualiti untuk berada dan berkomunikasi dengan baik di televisyen.

"Apa yang saya lihat ialah mereka kurang berpengalaman, masih mentah dan tidak cukup terlatih lagi. Jadi, chef selebriti ini tidak semudah yang mereka sangka,"

"Banyak kretaria yang penting untuk menjadi seorang chef selebriti, bukan sekadar pandai masak beberapa jenis masakan atau memenangi program realiti untuk melayakkan seseorang mendapat gelaran itu,"

"Saya tidak guna laman Instagram untuk tujuan kormersial, apa yang saya muat naik adalah tentang pandangan terbuka saya terhadap sesuatu perkara.

"Saya bukan seorang yang mahukan perhatian, jika mereka tidak suka dengan apa yang saya kongsi, itu adalah hak mereka dan saya tidak kisah," ujarnya memetik mStar.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..