Bila Ifa Raziah bertudung, disamakan Siti Nurhaliza (4 gambar)

Pada: Rabu, 16 Mac 2016

Ifa Raziah baru-baru ini telah memuat naik beberapa keping gambar memakai tudung di laman Instagram miliknya.

Namun, rupa-rupanya Ifa memakai hijab hanya kerana berlakon untuk telefilem Mak Punya Pasal. Dalam hal yang lain, ada yang meletakkan gambar Datuk Siti Nurhaliza di sebelah Ifa sebagai perbandingan.

“Disebabkan komitmen dalam sebuah projek drama sudah banyak dilunaskan, saya ambil kesempatan menerima lamaran produksi Mak Punya Pasal iaitu Hana Production.”

“Jika diikutkan, dalam penghujung drama Seindah Takdir Cinta, saya mengenakan tudung. Tapi nampaknya, telefilem ini yang lebih dulu melihat saya menjayakan watak bertudung.”

“Saya teruja dengan watak bertudung ini. Memang jarang saya dapat watak baik selama ini. Sampai orangpun meluat dengan lakonan ‘jahat’ saya. Dalam telefilem ini penonton bakal berendam air mata melihat nasib yang dilalui Roki.”

“Saya tak mampu hendak menjawab tepat jika persoalan itu diajukan. Insya-Allah, doakan yang terbaik. Mana tahu, satu hari nanti, saya akan ke arah itu (bertudung).” -Ifa


Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..