Bayaran show mahal? ini komen Siti Nordiana..

Pada: Selasa, 22 Mac 2016
Siti Nordiana meluahkan rasa kesal dituduh tidak boleh bertolak ansur soal bayaran persembahan selepas menjuarai program realiti 'Gegar Vaganza', musim kedua pada tahun lalu.

Siti Nordiana aka Nana berkata, dakwaan sebegitu datangnya daripada individu yang tidak senang melihat kejayaan yang diraihnya hari ini sekali gus berniat ingin melihat kerjaya seninya jatuh.

"Jujurnya Nana agak terkejut dan kesal apabila ada pihak yang cuba menimbulkan isu sebegini di saat kerjaya seni Nana sedang diterima masyarakat. Apa-apa pun, Nana tidak mahu melatah kerana Nana tahu tidak semua orang akan sukakan kita.

“Nana bukan setahun dua dalam industri seni ini. Sudah 16 tahun. Justeru Nana sangat faham kenapa isu demand ini cuba dihangatkan oleh sesetengan pihak yang mungkin ada rasa tidak puas hati dengan Nana sebelum ini.

"Apa yang boleh Nana katakan, inilah bahagian Nana yang Allah janjikan dan apa yang perlu buat, hanya bersyukur dengannya,

"Sekarang kerjaya seni Nana diuruskan oleh pengurus peribadi Nana. Justeru, segala urusan show dan jadual akan melalui dia terlebih dahulu sebelum kami berbincang agar tidak timbul sebarang kesulitan daripada mana-mana pihak pada masa akan datang.

"Satu perkara yang sering Nana tekankan sejak dulu, Nana tidak akan ambil job sekiranya Nana tidak yakin untuk melakukannya. Bukan memilih show, tetapi Nana ada pendirian Nana sendiri agar tidak mengundang kesulitan pada mana-mana pihak." -katanya kepada mStar Online.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..