Azira Shafinaz sudah berkahwin ke tu?

Pada: Isnin, 28 Mac 2016
Khabar angin mengatakan yang pelakon drama ‘Married Tapi Benci’, Azira Shafinaz sudah berkahwin. Ini disebabkan dia bergambar dengan kanak-kanak di laman sosial sehingga menimbulkan pertanyaa sedemikian.

Namun bagi Azira, gambar itu disalah anggap memandangkan kanak-kanak berkenaan adalah anak buah Azira.
“Selain itu mungkin juga kerana wajah kakak seiras dengan wajah saya. Dek kerana itu orang ingat saya sudah kahwin dan mempunyai anak. Saya harap penjelasan itu dapat menamatkan teka-teki tentang perkahwinan saya.

“Saya masih bujang dan mempunyai seseorang yang cukup istimewa. Cuma belum masanya untuk melangkah ke alam perkahwinan memandangkan masing-masing sibuk dengan karier,” katanya kepada portal My News Hub.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..