Anak dapat 9A SPM, Ajai belikan hadiah 'gempak' tapi cukup sederhana

Pada: Isnin, 7 Mac 2016
Seperti sedia maklum, anak selebriti yang mendapat keputusan terbaik SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) baru-baru ini adalah anak Ajai dan bekas isterinya, Nurul Wahab.

Walaupun ibu bapanya sudah tidak bersama lagi sebagai suami isteri, namun kasih sayang kedua-duanya setelah berpisah diberikan cukup merangsang anaknya untuk terus berjaya.

Nama anaknya Ayu Nazirah memperolehi 9A dalam semua subjek yang diambilnya. Sebagai hadiah, Ajai memberikan hadiah untuk Ayu.

Hadiahnya adalah..

"Sebagai ganjaran, saya memberi kebenaran kepada Ayu untuk mengambil lesen dan membeli sebuah kereta untuknya. Ia adalah permintaan Ayu dan 'lampu hijau' diberi sebagai hadiah usaha kerasnya.

"Namun, saya tidak akan terlalu memanjakan Ayu dengan membelikan kereta mewah. Saya memilih untuk menerapkan nilai bersederhana dan tidak memanjakan Ayu. Cukuplah memudahkan dia untuk bergerak ke sana-sini," katanya kepada BH Online.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..