Zizan Razak, Vie Shantie pergi ke panggung wayang bersama?

Pada: Rabu, 10 Februari 2016
Pelawak Zizan Razak dan bekas isteri Datuk Eizlan Yusof, Vie Shantie sebelum ini pernah menafikan mereka sekarang tengah bercinta. Tambahan pula, Vie ada membuat komen dan dia juga berharap tiada lagi pihak yang mengaitkan beliau dengan gosip percintaan berkenaan.

Namun, hubungan mereka nampaknya semakin rapat apabila sumber kepada Cik Pang di Harian Metro mengatakan beliau sudah beberapa kali terserempak dengan Zizan dan Vie di panggung wayang.

Vie juga sebelum ini pernah dilihat hadir untuk menyaksikan teater Bikers Kental yang dibintangi oleh Zizan di Istana Budaya baru-baru.

Namun, pasangan ini masih lagi kelihatan seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perlakuan seakan seseorang itu bercinta.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..