Tidak hadir ketika Bung di operasi, Zizie dicop tidak bertanggungjawab..

Pada: Jumaat, 26 Februari 2016

Tidak Hadir Pembedahan Bung Moktar, Zizie Ezette Didakwa Tidak Bertanggungjawab
Zizie Ezette dan anak angkat perempuaan yang diberi gelaran Baby J.

YB Datuk Bung Mokhtar yang merupakan suami kepada pelakon Zizie Ezette telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini bagi menerima rawatan pemindahan buah pinggang di Pusat Perubatan Prince Court.

Ekoran hal itu, melalui laman Instagram, ada sesetengah pihak mendakwa Zizie tidak menjaga suaminya dan tidak bertanggungjawab kerana tidak hadir ke hospital di ibu negara tersebut.

Isu Zizie Ezette Tidak Jaga dan Tidak Bertanggungjawab Terhadap Bung Moktar

Perkara itu berpunca kerana Zizie tidak memuat naik gambar bersama suami yang juga ahli Parlimen Kinabatangan di hospital seperti sering dilakukan oleh artis-artis yang lain. 

Kemudian, melalui satu gambar yang dimuat naik olehnya, Zizie menyindir kembali mereka yang tidak berhenti menuduh dirinya. 

Isu Zizie Ezette Tidak Jaga dan Tidak Bertanggungjawab Terhadap Bung Moktar

Caption gambar itu jelas sekali ditujukan kepada segelintir pengikut Instagram yang mempertikai dia tidak menjaga suami dan tidak bertanggungjawab.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..