Tarikh pernikahan semula Raja Azmi, Eddie

Pada: Isnin, 15 Februari 2016
Raja Azmi, 57, berasa berdebar menantikan tarikh pernikahan semulanya dengan bekas suami, Mohd Eddie Ghazali yang dijadualkan pada 26 Februari ini di Surau Taman Sering Ukay, Ukay Perdana, Ampang selepas waktu Isyak.

Bagaimanapun kata Raja Azmi, majlis pernikahan tersebut akan berlangsung secara sederhana kerana hanya ingin menumpukan pada yang wajib sahaja iaitu akad nikah.
"Kami bernikah secara sederhana sahaja, jadi tidak banyak persiapan yang perlu dilakukan.

"Baju pun, biasa-biasa sahaja yang akan disediakan oleh pereka fesyen Pogy dari KL Wedding Ministry. Jemputan tetamu pula saya hanya mengundang keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.

"Yang penting persiapan kali ini saya lebih tumpukan pada jati diri dan kekuatan iman untuk bergelar isteri semula," tuturnya memetik mStar.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..