Serius! Afiq Muiz mengaku mencintai Miera Leyana

Pada: Selasa, 2 Februari 2016
Pelakon Afiq Muiz memberitahu pengakuannya terhadap status hubungan cinta dengan aktres Miera Leyana adalah kerana tidak mahu dituduh penipu merahsiakan hubungan tersebut.

Afiq atau nama sebenar, Muhamad Afiq Muiz Azman Shah, 24, berkata, dia mula intim dengan pelakon wanita itu ketika penggambaran drama episod Memori Cinta Suraya yang ditayangkan di Astro tahun lalu.

"Saya tidak mahu orang benci dan tuduh saya penipu kerana sorok-sorok tentang hubungan kami. Orang ramai pun selalu nampak kami keluar bersama sambil pegang tangan, macam mana nak sorok lagi.

"Kami bercinta sejak penggambaran drama bersiri Memori Cinta Suraya tahun lalu, kira-kira lapan bulan lalu,

"Saya tidak kecil hati kalau dia ingin menafikan hubungan tersebut kerana saya tahu dia ada sebab tertentu untuk berbuat demikian.

"Dia perlu menjaga banyak hati dan keluarga. Maklumlah kami hanya bercinta sahaja tiada ikatan yang sah pun dan takut juga jika ianya putus di tengah jalan," ujarnya kepada mStar Online..

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..