Komen Uqasha Senrose mengenai buka tudung dan seksi..

Pada: Rabu, 3 Februari 2016

Respon Uqasha Senrose isu buka tudung dan berpeluk
Uqasha Senrose dikecam gara-gara dakwaan tidak bertudung dan berpenampilan seksi ketika bercuti di Koh Lipe, Thailand bersama pelakon, Iqram Dinzly dimana sekeping gambar beredar di internet.

Belum pun surut isu dia dikatakan ke kelab malam tanpa bertudung pada September tahun lalu, Uqasha sekali lagi dikecam pelbagai pihak.

Sudah seminggu isu gambar percutian bersama Iqram itu tersebar, namun Uqasha mengambil pendekatan mengunci mulut.
“Maaf, saya sibuk dengan pelbagai urusan. Saya tak mahu komen perkara ini,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp, kelmarin memetik Harian Metro.
.
Sejak kes berkenaan kecoh, hanya Iqram yang tampil bersuara beberapa hari lalu apabila dia dilaporkan enggan mengulas lanjut isu gambar percutian berkenaan.

Iqram turut menegaskan sama ada sahih atau tidak gambar itu, sesama manusia harus menutup aib sendiri dan hanya Allah berhak menghukum seseorang.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..