Komen mengejutkan Miera Leyana terhadap Afiq Muiz

Pada: Rabu, 3 Februari 2016

Respon mengejutkan Miera Liyana isu bercinta dengan Afiq Muiz
“Saya terkejut bila Afiq sanggup buat kenyataan begitu. Tidak masuk akal jika kami bercinta sedangkan hubungan kami tidak lebih daripada sekadar rakan sekerja.

“Kami mula rapat sebagai rakan sewaktu di set penggambaran drama Memori Cinta Suraya. Tambahan pula, bila timbul isu ini, saya rasa kurang selesa,” ujar pelakon Miera Liyana
Sehubungan itu, dia memberi amaran kepada Afiq Muiz supaya tidak berterusan mengaitkan dirinya dalam kisah ‘cinta fantasi’. Katanya, Afiq patut meminta pendapat daripadanya sebelum tampil membuat kenyataan tidak berasas itu lapor Myartis.
“Hubungan saya dan Afiq hanyalah sekadar rakan industri. Sebenarnya saya kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang,” tambah Miera yang enggan mendedahkan identiti lelaki yang berjaya menawan hatinya itu.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..