Jihan Muse bakal kahwin bulan depan?

Pada: Khamis, 25 Februari 2016
Dengar khabar yang Jihan Muse bakal berkahwin bulan Mac akan datang. Namun belum ada pengesahan rasmi daripada empunya diri mengenai perkara itu, termasuk cinta hatinya yang juga seorang pelakon, Ungku Hariz.

Baru-baru ini, ketika Jihan, 32, mengunjungi butik pengantin Man Kajang bersama seorang jurusolek, sudah ada yang membuat telahan, pengacara Anugerah Meletop Era 2016 itu bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Cuma hingga saat ini, Jihan mengambil pendekatan berdiam diri mengenai cerita pernikahannya. Bagaimanapun, menurut sumber boleh dipercayai, Jihan dan Ungku Hariz dikatakan akan naik pelamin pada bulan depan.

Majlis pernikahan dan persandingan dikatakan bakal diadakan di Shah Alam, masing-masing pada 20 dan 27 Mac. Jihan juga dikatakan bakal melaram dengan busana kahwin rekaan Man Kajang dan Rizman Ruzaini pada majlis perkahwinannya.

Sebelum ini, bertebaran cerita kononnya pasangan ini akan melangsungkan pernikahan mereka pada Oktober depan. -Bharian

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..