Jadual bersalin Elly Mazlein (2 gambar)

Pada: Isnin, 1 Februari 2016
Tip top bulan Mac dijadualkan buat Elly Mazlein akan bersalin. Ianya juga sebagai mengubat duka apabila keguguran pada Januari 2015 yang lalu.

Memetik Bharian, kandungannya kini sihat dan sudah bersedia untuk bersalin nanti.

"Tiada aral, Elly dijangka melahirkan anak perempuan pada 30 Mac depan. Memang Elly sendiri mengharapkan untuk mendapat anak perempuan dan alhamdulillah, ia seakan dikabulkan Tuhan.

"Elly dan kandungan ketika ini pun sihat. Elly dan suami juga selalu buat pemeriksaan di sebuah hospital di Wangsa Maju," katanya

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..