Inilah sebab utama mengapa Siti Nordiana naikkan harga persembahannya..

Pada: Isnin, 15 Februari 2016
Nama Siti Nordiana aka Nana kini dah mula dikenali ramai apabila dia dinobatkan sebagai juara program realiti Gegar Vaganza 2. Dan kerana itulah, Nana mendapat tawaran untuk melakukan persembahan.

Namun ramai yang berbisik-bisik yang Nana sudah menaikkan harga untuk persembahannya. Bagi Nana, dia ada sebab tersendiri kenapa dan perlu berbuat demikian.


"Kalau dulu, orang panggil menyanyi, saya pergi sahaja tanpa tanya pun berapa mahu bayar. Kini berbeza sedikit kerana saya buat persembahan bersama dengan orang lain juga. Sebelum ini saya buat solekan sendiri, tetapi kini saya ada jurusolek sendiri dan mereka juga perlu bayaran. Begitu juga dengan jurutera bunyi yang saya bawa.

Jadi, duit yang saya ada itu dibahagi sama rata bersama mereka yang bersama dengan saya untuk menjayakan persembahan. Bukan untuk saya seorang sahaja.

Walaubagaimanapun, Nana tidak akan menolak tawaran menyanyi meskipun ada pihak tidak mempunyai modal yang tinggi.

Kalau ada peminat yang mahu saya menyanyi sewaktu majlis perkahwinan misalnya, saya boleh sahaja lakukan. Tetapi selalunya peminat yang setia dengan saya sejak dahulu lagilah." -kata Nana memetik sisipan Utusan

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..