Inilah dia bakal suami Hetty Sarlene (2 gambar)

Pada: Isnin, 22 Februari 2016
Buat masa ini, Hetty Sarlene sedang menghitung hari untuk bergelar isteri kepada jejaka kelahiran Britain yang dikenali sebagai Daniel Oakes (sudah memeluk Islam) .

Menurut portal Bharian, mereka sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka idamannya di London, Disember 2015.


Hetty dan Daniel dijangka berkahwin pada pertengahan tahun ini pada majlis yang dirancang di Singapura.

"Hubungan kami sebagai pasangan tunang ada kalanya mencabar, tetapi ia cukup menggembirakan. Kadang-kadang macam kelam kabut, namun cukup menakjubkan. Ada kalanya juga seperti mendadak tetapi stabil.

"Sesekali pula macam ringkas, tetapi ia cukup romantik. Saya sayang kamu dan akan sentiasa begitu," ungkap Hetty di laman Isntagram miliknya.

Tag : , , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..