Fazura mahu anak macam Aaisyah (2 gambar)

Pada: Khamis, 18 Februari 2016
Selain Datuk Siti Nurhaliza yang teruja bertemu dengan anak bongsu Rozita Che Wan pada majlis perkahwinan pereka, Ruzaini Jamil, baru-baru ini, seorang lagi bintang jelita, Nur Fazura, turut mengambil kesempatan itu untuk bergambar dengan kanak-kanak comel terbabit.

Fazura sendiri nampaknya terpesona dengan 'keayuan' anak perempuan hasil perkahwinan Che Ta dengan Zain Saidin itu hingga terserlah sisi kewanitaan dan keibuan Fazura ketika mendukung Aaisyah.

Memuat naik gambarnya bersama kanak-kanak itu, foto berkenaan cepat menangkap perhatian pengikut bintang Langit Cinta ini sehingga ia mendapat lebih 24,000 'like'. Lebih menarik, Fazura turut memuatkan keterangan gambar yang dianggap sangat comel dan penuh erti. -Bharian


"Bahagianya hidup jika sudah sampai masa nanti dapat anak macam ini. 'I'm in love'," katanya.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..