Dugaan buat Norman Hakim diatas musibah menimpa isterinya (2 gambar)

Pada: Isnin, 22 Februari 2016

Lama rasanya tidak mendengar berita mengenai pasangan Norman Hakim isterinya Memey Suhaiza. Mungkin ada yang sudah tahu dan ada yang mungkin tidak tahu. Minggu lalu Memey Suhaiza dilaporkan telah dimasukkan ke hospital akibat tidak sihat.

Berita tersebut telah dikongsikan menerusi laman Instagram milik Norman Hakim.

Menurut Norman Hakim, Memey Suhaiza mengalami demam urat dan terpaksa dimasukkan ke hospital.


Syafakallah. Cian dia Masuk hari ke-3 breakdown. Isteri saya jarang meragam tak sihat. Tapi sekali sekala Allah kurnia kifarah utk dia rest. Mana dgn kerja,mana dgn anak5

Hari pertama demam urat, hari kedua (semalam) high fever. Doc bagi high dose injection for the speed recovery. Hope hari ni lebih baik dari hari semalam. Segala yg terbaik hanya dariNya. Doakan ye
Namun Alhamdulillah, dengan izin Allah Memey Suhaiza kini sudah sembuh. Suka betul tengok pasangan bahagia ni. Semoga Memey Suhaiza dan sekeluarga senantiasa diberi kesihatan yang baik serta dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Amin!!

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..