Didie Alias terkejut dengan harga kek ini...

Pada: Rabu, 3 Februari 2016

Dek kerana terpaksa memenuhi pelbagai permintaan yang ditetapkan Didie Alias untuk kek yang ditempah daripada Semanis Fondant, Chef Adu menetapkan nilai harga kek itu dengan jumlah RM40,000.

Menerusi episod 4 Semanis Fondant kali ini mereka perlu menyiapkan sebuah kek khas untuk menjayakan karpet merah Gegar Vaganza yang telah pun berlangsung kurang 2 bulan lalu.

Didie Alias wakil daripada program Gegar Vaganza yang menjadi hos karpet merah pada malam itu ditugaskan untuk menempah kek tersebut daripada team Semanis Fondant.

Namun Didie Alias kelihatan agak terkejut apabila Chef Adu dan Shalma memberitahu jumlah kos dan harga kek itu mencecah RM40,000.

Menurut Chef Adu tempahan kali ini agak rumit kerana pelbagai teknik perlu dimasukkan di dalam kek sebanyak enam tingkat itu.

Kek itu perlu dihasilkan dengan pelbagai dekorasi termasuk elemen karakter Dato’ Vida selaku penaja program itu.

Selain memerlukan dekorasi yang penuh, kek tersebut juga diminta untuk berputar 360 darjah di tengah-tengah red karpet pada malam gilang gemilang tersebut. -Murai

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..