Awie didakwa Mahkamah lagi atas sebab..

Pada: Selasa, 16 Februari 2016
Belum pun selesai kes pukul membabitkan Awie dan bekas isterinya Rozana Misbun di Mahkamah Majistret Ampang, penyanyi rock itu sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin atas dakwaan mencederakan Rozana dalam kejadian pada 2014.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut ketika kes disebut dihadapan Majistret Husna Dzulkifly.

Menurut pertuduhan, Awie didakwa melakukan kesalahan tersebut di hadapan kaunter pengeluaran Amanah Saham Bumiputra (ASB), Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014.

Mahkamah menangguhkan kes tersebut pada 25 Februari ini.

Vokalis kumpulan Wings itu turut menghadapi satu lagi pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana pada 2 Jun 2014 kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang dekat sini.

Awie turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan kes berkenaan masih berlangsung di Mahkamah Majistret Ampang.

Pendakwaan terhadapnya di mahkamah majistret Ampang itu dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..