Almy dedah punca kenapa dia jarang keluar tv..

Pada: Khamis, 11 Februari 2016
Jarang melihat kelibat Almy Nadia sekarang ni kan, dengar cerita suaminya Almy, Fizz Fairuz mengongkong dirinya untuk tidak keluar di kaca tv.

Namun bagi Almy, dia mempunyai alasan tersendiri kenapa tidak lagi 'rajin' muncul di kaca tv.

“Fizz bukan tidak membenarkan saya berlakon, jauh sekali cuba mengongkong saya. Beliau masih memeberikan keizinan untuk saya berlakon, asalkan tidak mengabaikan keluarga, termasuk dirinya”

“Kalau watak yang ditawarkan sesuan dan kena pada masanya, saya tetap akan terima. Cuma, saya akui tiada tawaran berlakon yang datang. Saya juga kena bersikap realisitik kerana ketika ini pelakon baharu tumbuh bagai cendawan selepas hujan”

“Rupa kena tolak ke tepi, tetapi lakonan perlu bagus. Ia berbeza dengan era sekarang yang lebih mengutamakan rupa daripada bakat. Stesen TV pun ada kriteria tersendiri dalam mencari pelakon untuk drama yang disiarkan”

“Mungkin ini bukan masa saya lagi, tetapi tidak mengapa. Saya tidak kecewa pun. Kalau ada rezeki nanti, saya akan berlakon juga. Jika bukan dengan produksi orang lain, mungkin di bawah syarikat saya sendiri,” jelasnya.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..