Umie Aida buat terjunan payung terjun, adakah berjaya? (8 gambar)

Pada: Khamis, 7 Januari 2016

Umie Aida dan rakan-rakannya telah mengambil kesempatan untuk mencuba sukan ekstrem terjunan dari kapal terbang ketika bercuti di Sydney, Australia baru-baru ini. Rupa-rupanya ini kali kedua Umie beraksi dari paras 14 ribu kaki.


Saya berada di Sydney selama 10 hari sehingga 4 Januari. Tujuannya adalah untuk melakukan sky dive buat kali kedua serta mendaki Blue Mountain.

Ini kali kedua melakukan sky dive di lokasi yang sama. Semasa kali pertama tahun lepas tak rasa apa sangat. Masa itu hanya sebab nak capai impian melakukannya buat pertama kali.

Kali kedua ini pula perasaannya lain macam sebab saya dah tahu selok-belok dan prosedur yang betul setelah menjalani latihan di bawah kendalian beberapa jurulatih berkelayakan. Lagipun, terjunan kali kedua ini sudah lama dirancang. Nikmat dan keseronokan terjunan kali kedua sungguh lain macam.

Rasa takut itu langsung tiada… orang cakap ‘heartless’, macam hati kering. Yang utama saya fikir ialah untuk menyempurnakan impian melakukan sky dive.Ianya sangat mencabar adrenalin.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..