Syura yang minta cerai - Bekas Suami

Pada: Selasa, 19 Januari 2016
Penyanyi Syura sebelum ini ada menyatakan yang dia diceraikan oleh bekas suaminya dengan talak dua. Namun suaminya, Mohd Fadhly mengakui itu semua adalah permintaan Syura sendiri, dan dia harus melakukan lafaz perceraian itu.
“Saya masih sayangkan Syura. Selepas mahkamah mengesahkan lafaz rujuk, dia tidak pernah berhasrat untuk kembali taat kepada saya sebaliknya beberapa kali meminta saya lepaskannya”

“Saya akhirnya bersetuju kerana saya sayangkan dia dan sedar tiada guna saya memaksanya untuk meneruskan perkahwinan kami kerana dia sudah tawar hati,” katanya kepada mStar
Fadhly memberitahu mereka bercerai buat kali kedua pada 19 Ogos tahun lalu dan bercerai kali pertama pada 29 September 2014 sebelum mengambil keputusan kembali rujuk pada 10 November tahun sama.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..