Shahrol Shiro bakal tamatkan zaman duda dengan gadis...

Pada: Ahad, 31 Januari 2016
Dikhabarkan yang pelawak, Shahrol Shiro bakal bergelar suami semula buat kali ke-2 selepas menempuhi zaman dudanya sebelum ini. Shahrol memberitahu akan berkahwin dengan seorang wanita yang mempunyai latar kerjaya sebagai seorang ahli perniagaan.

Mereka dijadualkan akan disatukan pada bulan Mac akan datang di Johor Bharu.
“Insya-Allah majlis itu akan diadakan Mac ini, namun saya akan beritahu tarikh sebenarnya secara eksklusif menerusi radio Era FM dalam masa terdekat. Ia akan diadakan secara sederhana yang bakal dihadiri keluarga terdekat”

“Di kesempatan itu juga saya akan menjemput peminat-peminat saya di sana yang banyak menyokong kerjaya saya selama ini,” ujarnya kepada mStar Online

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..