Sekitar majlis pernikahan Shah Iskandar (15 gambar)

Pada: Isnin, 18 Januari 2016
Shah Iskandar sah bergelar suami kepada Siti Sarah Mohd Noor, 30, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 4.30 petang Sabtu.

Acara akad nikah diadakan di The Ballroom At East Coast, Singapura dengan dihadiri 200 orang tetamu.

Shah menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin dan dua dulang hantaran berserta wang hantaran berjumlah RM30,000 kepada Siti Sarah.

Pasangan akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan diadakan di lokasi sama pada sebelah malam.

Manakala majlis resepsi di pihak perempuan akan diadakan di Shah Alam pada 16 April depan. -mStar


Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..