Punca Farah Asyikin juga baju dalam dan baju tidur seksi...

Pada: Rabu, 20 Januari 2016

Luahan Farah Asyikin yang kini jual baju dalam
Farah Asyikin memberitahu dia tidak hairan dan bimbang dengan pandangan bersertakan kritikan dan cemuhan segelintir pihak terhadap dirinya kerana menjalankan perniagaan pakaian dalam wanita juga baju tidur seksi.

Memetik laporan BH Plus, Farah juga beranggapan yang perkara tersebut tidak perlu dijadikan isu.

Katanya, idea mahu menjalankan perniagaan itu tercetus selepas dia terfikir bahawa ada di kalangan wanita terutama wanita betudung yang berasa malu untuk menadapatkan pakaian tersebut di butik tertentu lapor Malaysian Digest.
“Lumrah bagi masyarakat tempatan, terutama wanita bertudung yang agak keberatan untuk mendapatkan pakaian dalam di butik tertentu. Mereka mungkin segan dengan pandangan skeptikal segelintir pihak, sedangkan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu”

“Bertitik tolak daripada itu, saya mula terfikir untuk menjalankan perniagaan ini. Mungkin ada yang kurang selesa, tetapi niat saya ikhlas ingin memudahkan wanita bertudung mendapatkan pakain dalam yang menjadi kegemaran mereka”

“Sebagai wanita bertudung, saya akui pernah berdepan situasi yang sama. Jangankan membeli, untuk memulakan perniagaan ini juga saya serba salah,” katanya

Tag : , , , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..