Padah kritik PM, Soo Wincci hampir muflis..

Pada: Sabtu, 9 Januari 2016

Padah kritik Najib, Soo Wincci hampir muflis
Penyanyi Soo Wincci terpaksa menanggung hutang sehingga nyaris diiystiharkan muflis akibat kegagalannya mendapatkan tajaan mengadakan konsert Inwinccible yang berlangsung pada 31 Oktober tahun lalu.

Wincci, 30 berkata, bagaimanapun dia gembira kerana rakan-rakannya membantu meminjamkan wang bagi mengurangkan bebanannya melangsaikan hutang tersebut.
“Konsert itu tidak gagal kerana saya berjaya memberi persembahan terbaik kepada penonton. Cuma ia gagal daripada segi kewangan.

“Jujurnya saya hampir muflis kerana hutang yang ditanggung. Mujurlah rakan-rakan membantu meminjamkan wang bagi menyelesaikan hutang itu.

“Bayangkan, kesihatan saya juga tidak stabil ketika itu kerana terlalu kuat bekerja,” katanya
Terdahulu, Wincci nekad meneruskan konsertnya pada 31 Oktober 2015 yang lalu dengan melaburkan RM500,000 selepas beberapa penaja menarik diri gara-gara desakannya agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Ekoran itu, Wincci tidak dapat melaburkan wangnya untuk membuat promosi konsert berkenaan sehinggakan tiket persembahan tidak mendapat sambutan. Ia diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..