Nora Danish punca kemelut rumahtangga Fasha Sandha?

Pada: Isnin, 11 Januari 2016

Nora Danish akui jadi mangsa keadaan dalam kemelut rumah tangga Fasha Sandha
Kontroversi melibatkan Nora Danish dan juga Fasha Sandha dalam isu rumah tangga merupakan salah satu perkara yang tidak akan pernah tamat di bibir peminat dua orang pelakon ini.
“Saya mangsa keadaan. Tidak sepatutnya saya dilibatkan. Sebabnya tidak ada kena mengena dengan saya. Saya memang terkejut apabila isu ini timbul dan membabitkan nama saya pula. Tetapi apa boleh buat. Apa sekali pun tuduhan orang, saya sudah kuat untuk melaluinya,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.
Menurut Nora Danish, buat ketika ini dia dinasihatkan oleh agar tidak mengeluarkan sebarang komen oleh peguamnya mengenai dakwaan bahawa dia turut terlibat dalam meretakkan hubungan rumah tangga Fasha dan juga suaminya, Jejai.
“Walau bagaimanapun, nantikan sahaja apa yang sudah dirancang oleh pihak saya dan ini akan melibatkan saluran undang- undang,” katanya. Semoga apa saja sengketa mahu pun salah faham di antara peminat pelakon ini dapatlah diselesaikan secara baik

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..