Mia redha tawaran berlakon berkurang tapi dia buat ini.....

Pada: Jumaat, 29 Januari 2016
Difahamkan pelakon kanak-kanak, Mia Sara Nasuha yang sudah berhijrah kepada bertudung (menutup aurat) telah menerima dugaan apabila tawaran berlakon semakin berkurang.

Namun bagi Mia, dia redha dengan dugaan itu. Mia juga ada membuat perniagaannya sendiri iaitu jualan tudung miliknya iaitu MS Couture secara online.

"Tawaran lakonan semakin kurang dan saya faham mengapa saya tidak diambil berlakon. Tidak mengapa kerana Allah akan memberi rezeki lain kepada saya nanti.

"Malah saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang mungkin berlaku selepas saya membuat keputusan mahu bertudung," katanya kepada mStar Online.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..