Komen Eizlan Yusof mengenai Vie Shantie, Zizan Razak

Pada: Khamis, 21 Januari 2016

Luahan Eizlan Yusof bekas isteri didakwa bercinta dengan Zizan Razak
Datuk Eizlan Yusof berpendapat bekas isteri, Vie Shantie mempunyai hak untuk membuat apa juga keputusan penting berkaitan hidupnya, termasuklah membina hubungan dengan pasangan baharu yang sesuai dengan dirinya.

Apa yang penting, gosip yang mengatakan Vie sedang menjalinkan hubungan dengan pelawak Zizan Razak tidak akan sama sekali menjejaskan hubungan baik antara dia dan bekas isterinya itu.
“Kami sudah bercerai dan dia mempunyai hak untuk menentukan apa sahaja. Fokus utama saya dan dia kini adalah anak-anak, dan hubungan kami akan kekal baik untuk anak-anak. Selebihnya saya tidak boleh komen lanjut,” katanya
Menyoal pula mengenai harapannya sebelum ini untuk berbaik semula dengan Vie, kata Eizlan, ia sukar untuk berlaku memandangkan keadaan itu memerlukan persetujuan kedua-dua belah pihak.
“Memang itu yang saya harapkan, tetapi kena faham ini semua perlukan persetujuan kedua belah pihak, saya dan dia. Apa yang perlu mereka di luar sana faham, permintaan ini perlukan persefahaman. Seperti yang saya katakan tadi, dia juga mempunyai hak untuk menentukan kehidupannya selepas kami tidak lagi bergelar suami isteri,” katanya memetik Utusan Malaysia..

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..