Isu sambal Fyn Jamal, apa yang terjadi?

Pada: Jumaat, 22 Januari 2016


Fynn Jamal didakwa tiru 'Ibu Sambal' dan tak ikhlas minta maaf

Penyanyi lagu popular, Arjuna Beta, Fynn Jamal, kini sekali lagi menjadi bualan netizens apabila kisahnya dan “Ibu Sambal” tersebar secara meluas.

Semuanya bermula apabila satu keratan perbualan Whatsapp menjadi viral. Melalui perbualan Whatsapp itu, difahamkan seorang individu mendakwa Fynn Jamal meniru produknya yang bernama Ibu Sambal.


Isu Fynn Jamal ciplak produk orang lain dan tak ikhlas minta maaf

“Hari tu ada jumpa kak Fynn. Saya beritahu dia pasal produk saya. Lepas tu Kak Fyn cakap dia nak try sampel”, tulis individu di dalam perbualan tersebut yang kemudiannya berkata dia memberi sampel untuk Fynn Jamal.

“Tup2 saya tau dia buat sambal produk. Yang paling sakit hati apabila dia namakan produk dia Ibu Sambal juga. Sama macam produk saya”, dakwa individu itu.

Apa yang lebih memeranjatkan, individu di dalam perbualan itu turut mendakwa dia ada menghubungi sendiri Fynn Jamal namun mendapat jawapan : “Sorry dik, dalam bisnes ni sape cepat dia dapat”.

Setelah di selidik di Instagram Fynn Jamal, sememangnya dia ada menjual produk sambal. Di dalam satu gambar di instagram, beliau menulis :
“op. sori sori. tak perasan ibusambal dah trademark. sori sori. so xpe. demi menjaga hati semua pihak, saya dengan ini menukar nama produk ini kepada #kepalasambal atau lebih mesra dipanggil #bapaksambal. . sebab apa? sebab BAPAKKKKK AAA sedap! ahahahahah. . but seriously aku tak tau nak namakan apa sebab dari kecik semua surirumah dah panggil dia ibusambal. sori sori sori. macam dari kecik aku selalu sebut nasi ayam. atau rojak. so dah biasa gitu, mana tau tokleh. sori okeh? . #kepalasambal ke #bapaksambal ke, yang penting, ini #DapurFJ yang punya. jari aku pijor tak abih lagi ni weihhhh. . selamat makan! wuwuwuwwuw!”

Selain itu, menerusi posting terbarunya di Instagram, Fynn Jamal turut membuat beberapa pencerahan mengenai perkara tersebut.

Menurut Fynn, dia telah menukar nama produknya secepat mungkin selepas mengetahui tentang perkara itu dan turut menangkis beberapa dakwaan di dalam keratan mesej terbabit.

kita semua yakin dengan الله, kan? :) . maka serahkan kpd الله. kalau yakin apa yg dirasa itu betul, serahkan pd الله. kalau yakin apa yg dirasa itu salah, serahkan pd الله. . semuanya hak الله. utk membalas setiapnya sama ada di dunia atau akhirat sana. yakin. . sekadar memperbersih tipudaya yang sedang berselerakan ini, biarlah kita jelaskan sekali. lepas itu, terpulanglah kepada الله. . 1) tidak pernah minta sampel. biasanya beli. kalau pun orang mau bagi, kita tetap nak bayar. produk tersebut dihulur ketika saya tidak ada pun di kedai. saya malah sedang umrah. langsung tidak tahu-menahu. masih ada dalam peti ais staff. di kedai. . 2) saya sentiasa berkongsi resepi secara percuma di #DapurFJ. sebelum itu, ada 2 akaun memasak. keduanya dah ditutup. saya rasa semua surirumah tahu buat sambal, insyaAllah. . 3) saya telah tukar nama selekasnya apabila diberitahu tentangnya. malas hendak jadikan isu. itu pun kerana ada yg menulis komen. sehingga hari ini, tidak ada sesiapa dari mana2 peniaga yg dtg menghubungi saya. jadi saya tidak pasti syarikat yg mana yg menulis mengatakan saya menulis dengan kejam sebegitu sekali. الله saksi saya. saya harap الله jua saksi dia. . 4) kalau ditaip nama ibu sambal di search engine, tidak hanya satu syarikat. ibu sambal adalah nama resepi. kalau tidak mau beli dari saya pun tidak apa, boleh beli dari mana2. saya pun cuma jual 100 botol 220ml untuk #VFood. tak ada kilang apatah lagi kuali elektrik dgn robot moden. kisar sendiri, tumis sendiri, bubuh dalam botol sendiri. tapi kemeriahannya maasyaAllah membuatkan saya mula merasakan mungkin kami patut menjadikannya ekslusif pula. terima kasih kerana memberi idea. . moga dgn ini terjelaslah. maafkan segala kesulitan dan moga2 jgn dipanjang2kan. tak maulah gaduh2, ya? semua dah besar. kita semua syg semua, kan? . bendanya kecil. usah dibesarkan. dari belah kami-- halal. . sekali lagi, serahkan pada الله. kalau pun saya salah-- serahkan saya pada الله. sebagaimana saya serahkan kalian semua kepada dia yang maha adil dalam penghakimannya. . inilah sebabnya saya tolak barang2 percuma. sebab x semua brg saya pakai. jadi macammana nak beri testimoni. harapnya faham. . terima kasih ;)

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..