Inilah sebab mengapa Raja Azmi, Eddie bakal rujuk semula..

Pada: Rabu, 20 Januari 2016
Alhamdulillah, setelah bercerai setahun lebih (11 Nov 2014) akhirnya pasangan Raja Azmi dan Eddie bakal merujuk semula dengan dijadualkan pada 26 Februari bulan hadapan.

Punca dan sebab sebenar diakui sendiri oleh Raja Azmi yang banyak merenung kembali dan berdoa kepada Allah dalam mengerakkan hatinya semula.

"Alhamdulillah, hati saya terbuka sekali lagi untuk bernikah semula dengannya dan berharap perkahwinan kali ini akan kekal hingga ke akhirat.

"Majlis tersebut akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja yang bakal dihadiri keluarga dan rakan-rakan terdekat. Majlis hanya akad nikah dan doa selamat sahaja," ujarnya
Dalam pada itu, Raja Azmi berkata, keputusannya untuk kembali berumah tangga dengan lelaki tersebut selepas membuat solat Istiqarah bagi memohon petunjuk daripada Allah.
"Saya akui jatuh cinta semula kerana dia sentiasa ada ketika saya gembira dan bersedih. Saya juga beberapa kali buat solat Istiqarah dan Alhamdulillah memang Allah beri petunjuk ke arah ini,"

"Saya belajar untuk lebih banyak bersabar dan dia juga sudah sedar apa kesalahan-kesalahannya dahulu. Insya-Allah kami akan bina semula rumah tangga ini dengan baik.

"Saya juga berharap orang ramai dan peminat turut mendoakan kebahagiaan kami," kata Raja Azmi memetik mStar

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..