Ini komen Vie Shantie bila digosipkan dengan Zizan Razak..

Pada: Isnin, 25 Januari 2016
Gosip yang mengaitkan pelawak Zizan Razak dengan bekas isteri Datuk Eizlan Yusof, Vie Shantie yang hangat diperkatakan baru-baru ini juga turut dirasai oleh empunya badan sendiri.

Vie tampil memberikan komennya mengenai gosip itu.
"Sebelum ini, saya berdiam diri bukan kerana apa yang dikatakan itu benar. Saya terlalu sibuk menguruskan perniagaan hingga tidak mempunyai masa untuk mengulas mengenai hal remeh-temeh ini.

"Namun, apabila fitnah ini semakin berleluasa hingga mengheret nama saya di ruang gosip dalam akhbar dan laman sosial, saya terpanggil untuk mengambil langkah memperbetulkannya,"

"Saya ingin menyatakan, gosip liar kononnya saya mempunyai hubungan intim dengan Zizan adalah tidak benar sama sekali. Saya hanya mengenalinya sebagai sahabat biasa, tambahan pula Zizan adalah rakan kepada adik lelaki saya yang juga terbabit dalam industri yang sama,"

"Janganlah mengotorkan tangan dengan memfitnah kehidupan orang lain seolah-olah ingin membunuh mereka dalam masyarakat. Hentikan segala tohmahan yang boleh mengheret kepada kemurkaan Tuhan," kata Vie memetik Bharian

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..