Fahrin dakwa berjaya tangisi penonton lelaki untuk filem ini..

Pada: Rabu, 13 Januari 2016

Fahrin Ahmad puas penonton lelaki menangis teresak-esak

Fahrin Ahmad berpuas hati apabila lakonannya membawa kesan mendalam sehingga penonton lelaki filem “Pilot Cafe” turut menangis.

Filem yang diangkat daripada novel Ahadiat Akashah, penulis popular era 1990-an, ditayang April lalu dan berjaya mengutip lebih kurang RM1.6 juta lapor Malay Mail.
“Antara yang puas hati, ‘Pilot Cafe’ pasal lelaki tengok [juga] menangis, itu OK-lah. Ada yang kata ‘suami saya menangis senyap-senyap sebelah saya’.

“Satu lagi penanda aras bagi ‘Pilot Cafe’, orang kata apa yang mereka baca [novel], itu yang mereka harapkan.

“Watak Amir Reza serupa yang dibayangkan dan tidak banyak perbezaan. Itu satu kejayaan membawa watak yang diterjemah dari novel,” katanya.

Tag : , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..