Elfaeza Ul Haq sanggup buka tudung disebabkan ini..

Pada: Rabu, 6 Januari 2016
Pelakon Elfaeza Ul Haq mengakui terpaksa membuka tudungnya kerana sebuah kontrak lakonan yang dipersetujui sebelum ini.

“Saya terikat dengan kontrak selama setahun bermula Mac tahun lalu untuk drama Bahasa Inggeris, dan saya mengambil keputusan untuk berhijab selepas sambutan Aidilfitri tahun lalu. Jadi bila bekerja saya perlu kekal dengan karakter seperti mana diminta dalam kontrak”

“Apabila berlakon drama saya perlu melakukan promosi dan sesetengah perkara terpaksa dimuat naik di laman sosial sendiri. Sebagai pelakon dalam kontrak saya perlu promosikan drama di Instagram”

“Mahu atau tidak saya perlu lakukan untuk kerjaya. Selalunya saya akan padam semula selepas jangka masa tertentu. Saya tidak peduli apa orang nak cakap sebab setakat ini masih ramai lagi yang memahami.

“Saya yang berhijab dan saya yang lalui pelbagai dugaan itu, jadi saya tidak kisah apa orang mahu katakan. Orang lain susah untuk faham apa yang dilalui oleh orang lain. Yang penting niat saya Allah tahu,” jelasnya kepada portal Mangga Online.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..