Dituduh menganuti mazhab Syiah, ini komen Fynn Jamal

Pada: Khamis, 28 Januari 2016

Fynn Jamal Dituduh Syiah Kerana Selalu Pakai Jubah Hitam

Nama Fynn Jamal sejak kebelakangan ini sering terpalit dengan pelbagai jenis gosip serta kontroversi. Masih lagi hangat dengan isu beliau mencuri idea perniagaan sambal orang lain, kini Fynn dituduh sebagai pengikut ataupun pengamal ajaran puak Syiah gara-gara penampilan beliau yang sering memakai jubah berwarna hitam.

Membidas dakwaan tersebut, Fynn atau nama sebenarnya Affina Yanti Jamalludin, 33, berkata, perkara itu ternyata langsung tidak berasas dan terkejut dituduh seperti itu yang disifatkan sebagai melampau.


Sering Mengenakan Jubah Hitam, Fynn Jamal Dituduh Syiah
“Kalau di akaun Instagram saya, macam-macam tuduhan pelik yang dilemparkan pada saya.

“Sampaikan imej saya yang sering berjubah hitam pun menjadi isu kononnya saya adalah pengikut fahaman Syiah. Tuduhan itu memang mengarut.

“Sebagai seorang wanita Islam, saya tidak akan sesekali mengamalkan fahaman yang bercanggah dengan hukum syarak,

” Saya ingin tegaskan, saya tidak membawa apa-apa perlambangan mahupun perlambangan Syiah, kalau tak percaya boleh berjemaah bersama-sama saya dan boleh dengar saya bertakbir.

“Sebenarnya dalam almari saya hanya ada lima jubah hitam, ada sehelai cardigan dan beberapa koleksi baju musim sejuk,” katanya kepada mStar Online.

Tag : , , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..