Berita mengejutkan Raja Farah sekembali dari Ibadah Umrah..

Pada: Isnin, 25 Januari 2016
Dikhabar yang Raja Farah kini berbadan dua. Usia kandungannya mencecah dua bulan. Ianya satu 'hadiah isimewa' dari Allah SWT, memandangkan seminggu selepas mereka mengerjakan dari umrah pada Disember tahun lalu, baru mengetahui hal berkenaan.

“Alhamdulillah kerana akhirnya keinginan untuk menjadi ibu dimakbulkan Allah. Saya hanya mengetahui diri saya hamil apabila membuat pemeriksaan pada 5 Januari lalu. Berita ini cukup menggembirakan saya dan suami kerana setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan cahaya mata”

“Diikutkan saya tidak pernah merancang apatah lagi mengharap kerana bimbang nanti diri akan kecewa. Saya sering memujuk diri mungkin masa untuk hamil belum tiba. Pernah juga terdetik di hati, apakah saya tidak mungkin mengandung tetapi berita ini melenyapkan semua perasaan sangsi itu”

“Sukar digambarkan dengan perkataan kerana selama ini, saya memang berharap untuk segera menjadi ibu. Bagaimanapun, sebelum melaluinya saya diuji dengan pelbagai dugaan namun Allah itu adil. Penantian panjang saya itu berakhir apabila disahkan hamil,” jelasnya.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..