Azian Mazwan akui anak curi motor TAPI..

Pada: Rabu, 20 Januari 2016

Anak curi motor, ini luahan Azian Mazwan Sapuwan

Penyanyi dan peserta Gegar Vaganza 2 (GV2), Azian Mazwan Sapuwan membuka mulut mengenai dakwaan anaknya terlibat dalam kes kecurian motorsikal pada Disember lalu.

“Saya tak boleh komen lagi. Perkara ini melibatkan pihak lain juga. Kesilapan dia. Dia pun sendiri mengaku silapnya, salah memilih kawan dan salah itu datang dari diri sendiri.

“Apa-apapun, saya sendiri enggan mengulas lanjut kerana hukuman masih belum dijatuhkan dan perkata ini masih dalam siasatan,” kata Azian.
Ketika ditanya adakah dia menyesal menyertai GV 2 kerana perkara ini lebih hangat diperkatakan selepas kembalinya Azian di persada seni, Azian juga menafikan perkara tersebut lapor Astro Gempak.
“Saya tidak menyesal. Sebelum saya masuk GV2 lagi, saya sudah berpesan kepada anak-anak. Saya katakan yang saya akan memasuki sebuah pertandingan, semua harus menjaga nama saya sebagai seorang ibu dan nama mereka sendiri sebagai anak-anak.

“Saya hanya berfikiran positif. Anak orang lain pun ada yang terkena sebegini. Ada juga anak orang lain mempunyai masalah yang lebih hebat, tetapi ianya tidak diperkatakan kerana mungkin anak orang lain bukan anak selebriti. Saat keluar cerita sebegini, saya hanya bertenang sahaja. Kalau betul, saya redha,” kata Azian

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..