Akhirnya Fasha Sandha bercerai.. Sebabnya?

Pada: Khamis, 21 Januari 2016
Pelakon Fasha Sandha sah bercerai talak satu dengan suaminya Rizal Ashram Ramli atau Jejai di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan semalam
.
Lafaz berkenaan dibuat Jejai, 40, kira-kira pukul 3 petang hari di mahkamah berkenaan.

Fasha terdahulu memfailkan permohonan cerai tersebut pada 18 Januari lalu di mahkamah sama.

Jejai yang hadir ditemani oleh rakannya kelihatan menangis teresak-esak ketika keluar dari kamar hakim sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah.

Fasha bagaimanapun ketika ditemui media enggan mengulas lanjut mengenai perceraian tersebut.

Bagaimanapun, Fasha menerusi pengurusnya mengedarkan kenyataan media kepada wartawan yang hadir pada perbicaraan itu.
"Saya reda dan akan meneruskan kehidupan bersama kedua-dua anak saya Putra Rayfal dan Putri Raysha," katanya.
Fasha dan Jejai telah bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur setahun. -mStar

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..