Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Arwah Yus Jambu selamat dikebumikan.. (5 gambar)

Isnin, 30 November 2015


Fasha Sandha bermasalah dengan keluarga mertua? (3 gambar)

Dengar cerita yang adik ipar Fasha Sandha telah memuat naik sekeping gambar (atas) dimana menunjukkan mereka pergi ke Jepun satu masa dulu.

Namun gambar berkenaan mengundang padah, apabila ramai pengikut Fasha tidak berpuas hati dan melampau serta menghina keluarga Jejai.

Tidak tahan dengan tohmahan tersebut, adik ipar Fasha tampil mempertahankan ibunya.
Segala persoalan mungkin telah terjawab melalui komen adik ipar Fasha, memandangkan sejak akhir2 ini,
Fasha dilihat tidak lagi melibatkan diri dengan aktiviti keluarga mertua, malahan dikatakan menghalang anak2nya bertemu dengan datuk nenek mereka sebelah Jejai.

Bagaimanapun hal sebenar yang terjadi hanyalah dketahui oleh keluarga ini sahaja.

Sikap Nabil yang 'biadap' ketika mengacara didedahkan...


Kenapa Nabil Sering Bersikap Biadap Ketika Mengacara Didedahkan

Pihak pengurusan Astro tidak mahu terlalu menyekat setiap kata-kata yang dibuat oleh pelawak dan pengacara Nabil Ahmad pada program Gegar Vaganza 2 kerana ia akan menyekat kreativitinya.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, berkata, setakat ini pihaknya berpuas hati dengan cara pengendalian Nabil dalam program itu walaupun masih ramai penonton yang tidak berpuas hati dengan cara pengacaraannya.

Bila Dato Seri Vida tanpa make up.. OMG (4 gambar)

Wajah Dato Seri Vida Tanpa Solekan
Siapa tidak kenal dengan usahawan selebriti yang terkenal dengan hashtag Qu Puteh yang dikenali seluruh negara iaitu Dato Seri Vida. Namun, bagaimana agaknya rupa Dato Seri Vida tanpa alat solek? Anda jangan terkejut jika wajahnya masih kekal cantik tanpa alat solek.

Yus Jambu meninggal dunia..

Tak tahu berita ni benar atau tidak, tapi melalui Instagram kawan rapatnya, Tauke Jambu, Yus Jambu sudah kembali ke Rahmatullah dan diupdates kira-kira jam 12 tengah malam lebih tadi, dan Facebook Afdlin Shauki juga telah membuat post untuk memperingatinya.

Kalau betul, Inalillahirojiun dan Salam Takziah..

Lagu terkini Ac Mizal, terbaik!!.. PeaceYall..

Ahad, 29 November 2015

Tahniah AC Mizal kerana membuat satu lagu yang boleh dikira tahap Internationale. Lagu bertajuk Dato AC Mizal - Peace Y’All (Official Music Video) adalah salah satu lagu terbaru AC tahun ini.

Best layan, campur Kuria sikit lah.

Raja Farah komen Astro ulang siar program bersama bekas suami..

Astro ulang siar program bersama bekas suami, ini respon Raja Farah
Pelakon Raja Farah kesal apabila program Destinasi Cinta yang dirakamkan bersama bekas suaminya Megat Bashirun Qhuyum Zakaria kerap ditayangkan semula di saluran televisyen Astro.

Raja Farah berkata, biarpun perkara tersebut bukanlah isu besar, namun ia boleh menyinggung perasaan suami baharu dan keluarga mereka.
“Saya tidak kisah cuma harap pihak stesen televisyen itu lebih peka serta sensitif dan tidak menyiarkan lagi program tersebut

“Alhamdulillah, suami saya faham dan tidak kisah, cuma saya tidak mahu pihak keluarga belah dia berkecil hati pula bila terlalu kerap kisah itu disiarkan,

“Saya jarang tengok televisyen, tetapi sejak kebelakangan ini ada beberapa kali peminat saya tegur di laman sosial bahawa program tersebut sedang ditayangkan.

“Saya tahu stesen televisyen itu juga ada alasan, tapi cuma saya harap mereka lebih sensitif tentang hal-hal sebegitu,” ujarnya.
Sementara itu, Raja Farah yang kini sudah tiga bulan bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Iskandar Ismail. -mStar Online

Abam Bocey dah temui kekasih hati.. (gambar)

gambar hiasan

Dikhabarkan pelawak paling comel, Abam Bocey telah berjumpa dengan pilihan hati. Wanita ini berasal daripada Sabah dan paling penting dia turut disenangi oleh keluarganya.
“Ya, saya sedang berkawan dengan seorang wanita. Perkenalan itu masih lagi baru. Saya mengenalinya melalui salah satu aplikasi laman sosial kira-kira dua bulan lalu. Memang kebiasaan, kalau saya berkawan dengan sesiapa, saya akan perkenalkan kepada ibu terlebih dulu”

“Saya sudah bawa dia jumpa dengan ibu untuk duduk semeja makan sama-sama. Dia nampaknya memang boleh ‘masuk’ dengan ibu saya. Ibu saya pun selesa dengan gadis itu. Dia berasal dari Lahad Datu, Sabah. Cumanya, sekarang ini dia tinggal di Shah Alam, Selangor”

“Saya belum berkesempatan untuk bertemu dengan ibu bapanya lagi. Bagaimanapun, saya akan berjumpa dengan abangnya yang juga tinggal di Semenanjung terlebih dulu,” jelasnya kepada portal Kosmo! Online.

Bekas suami Rozita Che Wan terkini.. (2 gambar)

Sabtu, 28 November 2015

Inilah bekas suami Rozita Che Wan yang juga seorang juruterbang MAS, Azuar Effendy Zulkaply mereka berkahwin pada 26 Ogos 1995 yang lalu dan mampu bertahan sehingga 8 Mei 2003.

Inikah kekasih terkini Tasha Shilla (6 gambar)

Dengar cerita memetik Forum Cari, ini adalah keaksih terbaru Tasha Shilla. Tambahan lagi, mereka sudah kenal lama dan lelaki itu kini bekerja di bahagian kapal.

Instagram lelaki itu juga ditemui dan dikenali sebagai @captaindawest. Ini hanya sekadar gosip, betul atau tidak, terserah kepada Tasha. Hi hi

Black buat pengumuman mengejutkan...

Memetik Fan Page Facebook Erafm, penyanyi, Black Hanifah telah mengumumkan dia dan isterinya bakal menimang cahaya mata kedua tahun hadapan. Dan ini memungkinkan isterinya kini sedang hamil. Tahniah

Nama anak ke-2 Farid Kamil, Diana Danielle..

Jumaat, 27 November 2015

Farid Kamil dan juga Diana Danielle memilih nama Nur Aurora kerana bersesuaian dengan waktu dia dilahirkan.
“Kami sama-sama pilih nama dengan mencari maksud yang sesuai. Memandangkan bayi dilahirkan pada waktu subuh, jadi kami memilih nama Nur Aurora yang bermaksud cahaya fajar sesuai dengan waktu yang dilahirkan”

“Sememangnya saya bersyukur dengan kehadiran Aurora dan kami perlu sama-sama menguruskannya dan menjadi satu benda yang cukup menarik,” jelas Farid kepada portal Media Hiburan.

Aril AF7 selamat bergelar ayah, yang istimewanya.. (gambar)

Tahniah buat Aril AF7 yang menimang cahaya mata sulong berjantina lelaki pada 24 November yang lalu.
Isterinya, Puteri Edlinda telah bersalin pada kira-kira jam 11.25 malam di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur secara normal.

Istimewanya tarikh kelahiran anaknya itu sama dengan hari jadi ibunya Normah serta arwah abangnya Izwan Pilus.

Maria Farida selamat menjadi isteri Datuk..

Maria Farida sah menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan, Datuk Rahman pada petang semalam, 26 November. Berita baik ini tidak dihebahkan kepada media namun melalui Instagram milik Datin Seri Tiara Jacquelina dan Fasha Sandha.

Majlis berkenaan dilangsungkan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC).

Pelakon drama Datin Ghairah itu sudah menjanda lebih 10 tahun dan mempunyai seorang anak tunggal, Mizan Ashley yang kini berusia 18 tahun.

Untung Datuk ni kan, dapat bini lawa.. Hihihi.

Fouziah Gous selamat melahrikan anak berjantina... (gambar)


Fouziah Gous, 32, selamat melahirkan anak lelaki di sebuah hospital swasta di Shah Alam pada jam 11.40 pagi semalam, 26 November.

Suami Fouziah, Md Zhafran Md Yusof ketika dihubungi berkata ibu dan anak dalam keadaan baik memetik HarianMetro.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat bersalin secara normal.

“Insya Allah jika semuanya okay, dalam beberapa hari lagi mereka dibenarkan pulang ke rumah,

“Saya dapat lihat isteri sebak sebaik saja selamat melahirkan. Dia sempat melemparkan senyuman tanda dia kini bergelar ibu,” katanya.

Seniman Mat Sentul ditemui.. Sangat menyentuh perasaan..

Khamis, 26 November 2015

Nina Juren tulis caption 'macam setan' di Instagram.. OMG


Datin Nina Juren didakwa telah ditipu oleh peniaga online di Instagram yang sehingga kini masih tidak memulangkan kembali wang yang sudah dibayarnya. Nina Juren menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa tidak puas hati kepada peniaga online itu.

Sebuah foto screenshot perbualan aplikasi Whatsapp yang dimuat naik ke Instagram Nina telah menulis kapsyen seperti "Memang SETAN..."

Menerusi screenshot yang didedahkan itu, Nina beberapa kali meminta wangnya dipulangkan tetapi peniaga berkenaan yang dipanggil Mira memberikan banyak alasan untuk membayarnya kembali. -Murai

Beli pregnancy test, ini komen Emma Maembong..

Baru-baru ini Emma Maembong dikhabarkan ada membeli alat ujian kehamilan atau dipanggil pregnancy test di sebuah farmasi. Emma memetik poral Bharian menafikan hal dia hamil anak luar nikah sebaliknya dia beli adalah untuk kakaknya, Yaya lima bulan yang lalu.
"Saya tidak faham bagaimana isu ini boleh menjadi hangat secara tiba-tiba kerana ia berlaku lima bulan lalu. Tujuan saya bercerita adalah untuk berkongsi khabar gembira kakak saya, Yaya sudah hamil. Tidak sangka nama saya pula terpalit dengan kontroversi ini.

"Saya memilih untuk tidak bercerita lebih lanjut supaya perkara ini tidak lagi dipanjangkan dan bagi mengelakkan salah faham. Tidak sangka perkara kecil boleh dimanipulasi oleh sesetengah pihak sehingga timbul cerita saya mengandung pula.

"Perkongsian itu adalah atas dasar perbualan antara saya dan teman media, tidak sangka timbul pula cerita mengenai situasi saya ketika membeli alat menguji kehamilan itu," kata Emma

Dituduh penipu, ini komen Achey terhadap balu Harun Salim Bachik

Kenyataan balu arwah, Harun Salim bachik iaitu Surianti semalam mengenai kehidupan susahnya dan kenyataan dimana pelawak Achey dituduh menipu mengenai mengambil berat mengenai dirinya menjadi kejutan ramai pihak.

Achey yang tampil memberikan kenyataan menafikan kenyataan Surianti itu dan ianya kemungkinan salah faham Surianti terhadap Achey.
"Saya rasa perkara ini hanya salah faham sahaja. Sebenarnya, saya ada bertanya khabar mengenai keluarga arwah abang Harun. Dan pertanyaan itu diajukan kepada anak kepada isteri pertama arwah.

"Dah alang-alang bertanya, saya tanya sekali mengenai anak-anak isteri kedua arwah juga. Itu sahaja," katanya yang dihubungi mStar Online

Gambar Siti Nurhaliza hamil tersebar? (4 gambar)

Sebuah laman portal melaporkan, gambar (paling bawah) Dato' Siti Nurhaliza mengandung yang tersebar itu diambil baru-baru ini ketika mempromosikan Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) memetik Free Malaysia Today.

Menurut satu sumber lain, berita kehamilan Siti disahkan oleh keluarga terdekat penyanyi itu apabila menyatakan kandungannya kini sudah memasuki enam minggu.

Scha, Awal ingin tambah anak tahun hadapan tapi nak anak yang...

Rabu, 25 November 2015

Kini cahaya mata pertama Awal Ashaari dan juga Scha al-Yahya, Lara Alana sudah pun berusia 1 tahun 4 bulan dan pada masa yang sama Scha memberitahu bahawa dia dan suami berhasrat untuk menambah cahaya mata ke-2 mereka sekaligus adik kepada Lara.
“Saya memang nak sangat kehadiran anak kedua. Tetapi waktu kini kena tunggu dahulu, jika ada rezeki alhamdulillah, jika tidak tunggu sahaja sehingga tiba masanya. Sebolehnya waktu Lara membesar ini, saya mahu bersamanya dahulu kerana masih belum puas melihat perkembangannya”

“Tetapi sama sahaja, jika Lara mempunyai adik, mereka boleh bermain bersama. Kalau boleh saya nak kembar (lelaki dan perempuan). Kerana lepas itu mungkin boleh tutup kedai”

“Bagaimanapun, saya dan Awal tidak kisah sebenarnya anak kedua kami lelaki atau perempuan kerana kedua-duanya ada keistimewaan. Jika anak lelaki, nanti besar dia boleh tolong jaga kakaknya, dan jika perempuan pula, boleh bermain masak-masak dengan Lara,” jelas Scha kepada Sinar Harian.

Balu Harun Salim kini hidup susah, Achey pula menipu katanya?

Dengar khabar yang balu kepada pelawak, arwah Harun Salim Bachik iaitu, Surianti Mohd Nor kini hidup dalam kesusahan. Dan akibat daripada itu dia dan anak-anaknya pulang ke kampung dekat Kulim, Kedah.

Perbelanjaan seperti kos sewa rumah dan anak-anak yang masih bersekolah tidak didapat ditampung adalah salah satu faktor balu ini berbuat demikian memetik portal mStar.
"Saya akui tertekan dan tidak mampu lagi untuk menyara hidup kami anak beranak di Kuala Lumpur, sebab itu saya ambil keputusan untuk balik kampung Isnin depan.

"Sewa rumah sahaja RM1,500, anak-anak yang sedang membesar lagi, ini pun semua barang-barang kemas saya terpaksa digadai. Sekurang-kurangnya bila balik kampung saya akan mulakan hidup baru bersama ibu-bapa saya,

"Hidup kami sempit dan lebih terkilan apabila kawan-kawan arwah menjauhkan diri kecuali Afdlin Shauki sahaja yang beri bantuan untuk persekolahan anak-anak saya.

"Saya ada terbaca kenyataan Achey baru-baru ini kononnya dia sering bertanya khabar dengan anak-anak saya, namun sebenarnya tidak pernah pun. Datang menjenguk kami pun tidak pernah.

"Dia (Achey) ada buat kenyataan yang dia sudah serah semua share perniagaan yang dikongsi bersama arwah sebelum ini kepada keluarga dan hal itu pun saya tidak tahu kerana mereka sudah removed saya dari grup perniagaan tersebut," ujarnya.

Jihan, Nabil bakal disingkirkan dari Gegar Vaganza 2? PANAS


Isu Nabil dan Jihan bakal dikeluarkan dari Gegar Vaganza 2
Pengacara lawak, Nabil Ahmad dan Jihan Muse akan terus dikekalkan dalam program realiti Gegar Vaganza 2 (GV2), demikian pengesahan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad.

Penonton GV2 malam tadi dikejutkan dengan pengumuman bahawa dua pengacara berkenaan akan disingkirkan dan digantikan dengan penyampai radio Raja Azura dan Salih Yaacob.

Penyingkiran itu diketahui setelah lagu mereka dipaparkan di skrin segmen ‘Ada Lagu Ada Lagi’ namun gambar mereka telah ditukarkan dengan wajah Raja Azura dan Salih Yaacob.

Bagaimanapun jelas Raqim, adegan itu hanyalah gimik dan amaran manja kepada Nabil dan Jihan sahaja.

Apa yang tak kena dengan iklan Maria Farida ni?

Dengar cerita ramai nitizen online yang tak suka dengan iklan ini. Dan dibawah ini adalah beberapa komen yang rata-rata tidak suka iklan Maria Farida ini, kerana tidak diketahui apa motif sebenar Maria berbuat demikian.

Rosyam Nor tayang wajah dia masa muda (gambar)

Selasa, 24 November 2015

Gila hensem Rosyam Nor masa dia muda-muda dulu. Dengan menayangkan gambarnya di lesen memandu lama yang masih dipegangnya dan menukarnya kepada bentuk/format terbaru terkini seperti mykad.

Caption dia pun bukan alang-alang lawak.

Filem Mat Moto arahan Syafiq Yusof tidak relevan?



Siapa tak kenalkan adik kepada Syamsul Yussof iaitu Syafiq Yussof juga telah mengarah beberapa filem seperti SAM, Abang Long Fadil, Villa Nabila dan baru-baru ini mula tersebar sebuah filem arahan Pekin yang turut menjadi pengarah bersama, iaitu Syafiq Yussof dalam filem 'Mat Moto' dibawah naungan Skop Production.

Jimmy akhirnya dedahkan wajah anaknya.. Comel.. (gambar)

Sebelum ini Jimmy Shanley enggan mendedahkan wajah anak perempuannya hasil perkahwinan keduanya bersama Mariam Jamilah kepada umum, namun baru-baru ini dia berani mendedahkan wajah anaknya itu menerusi majalah Majalah Keluarga terbitan Kumpulan Media Karangkraf.

Inilah keputusan mahkamah terhadap Benjy miliki dadah..

Benjy atau Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, dan rakannya Julia Ernie Jamaludin, 27, dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur daripada dua pertuduhan memiliki dadah jenis Syabu, Mac lalu.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes di akhir pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Benjy dan Julia Ernie didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine dengan berat bersih 3.01gram dan 1.71 gram di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur, 5 Mac lalu.

Sementara itu Julia Ernie diarah membela diri daripada memiliki dadah jenis sama seberat 0.37 gram.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A(1) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM100, 000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. -Sinarharian

Diana Danielle selamat bersalin anak ke-2 (2 gambar)

Tahniah Farid Kamil dan Diana Danielle yang dikhabarkan Diana selamat bersalin anak ke-2 mereka pada 19 November yang lalu.

Berita dan gambar juga turut dikongsikan Farid melalui laman sosial instagram miliknya

Neelofa tersentap dikhabarkan bakal jadi isteri ke-3

Isnin, 23 November 2015

Neelofa tersentap apabila sebuah portal berita menyiarkan tajuk dimana dirinya redha dengan menjadi isteri ke-3.

Walaupun ianya sebuah drama namun bagi Neelofa memetik Facebook miliknya agak terkilan dengan tajuk berkenaan yang seakan-akan dirinya akan berbuat demikian.

Biasalah Neelofa, nak gempakkan beritakan kenalah tajuk yang hot sikit.

Syazwan Zulkifli akui pukul Shenthy Feliziana (gambar)

Masih ingat lagi mengenai kes pukul pengacara TV swasta Shenthy Feliziana beberapa minggu lalu, kini kekasinya yang juga seorang pelakon, Syazwan Zulkifli tampil melalui BH Plus mengakui kesilapannya itu terhadap Shenty.

Aaisyah Dhia Rana miliki 10 kereta sorong!, ko mampu jah?

Orang kaya dan terkenal siapa nak hairan juga kan jika ada kemampuan untuk beli dan dtiaja segala-galanya. Begitulah bagi Rozita Che Wan atau Che Ta yang mengakui anaknya, Aaisyah Dhia Rana mempunyai koleksi 10 kereta sorong!.

Kebanyakkan 10 kereta sorong itu diberikan oleh peniaga.

Lisa Surihani tersentap curi gambar anak (video)

Baru-baru ini ada peminat menyebarkan gambar anak Lisa dan Yusry di media sosial. Gambar-gambar curi ala paparazzi itu dikatakan diambil semasa mereka berada di Singapura.

Pendirian Lisa Yusri adalah tidak mahu mendedahkan anak kepada umum.
Sebagai seorang ibu, Lisa rasa terkilan kerana gambar tersebut diambil tanpa kebenaran.

video

Sekitar Resepsi Shukri Yahaya, Tya Adnan (21 gambar)

Majlis diadakan di A-Park, Kampung Pulau Meranti PuchongGambar Amir Naufal Photography

Apa yang dipegang oleh selebriti ini? OMG....

Ahad, 22 November 2015


Imej lucah muncul ketika selebriti bergambar

Satu gambar kumpulan pelawak penghibur kanak-kanak yang dikenali sebagai Chuckle Brothers bersama-sama dengan seorang wanita di sebuah restoran baru-baru menjadi viral.

Persoalannya mengapa ia mendapat perhatian dan menular menerusi laman makro Twitter itu? Jika diperhatikan betul-betul, terdapat imej yang kelihatan seperti alat sulit lelaki di dalam cawan yang dipegang wanita itu.

Gambar yang dimuat naik melalui laman sosial Restoran Solita itu telah membuatkan kesemua netizen yang melihat gambar tersebut turut terhibur.

Mana tidaknya, imej ‘lucah’ itu bukanlah sesuatu objek yang betul, namun ia hanyalah lengan tangan wanita itu yang mengelirukan. ha ha ha.

Uqasha Senrose pakai pakaian ketat umpama bogel?


Isu Fesyen Uqasha Senrose dah macam telanjang
Walaupun sudah berlalu Anugerah Skrin 2015 pada 8 November. ada satu yang membuatkan kegemparan berlaku oleh pemerhati tajam matanya, apabila melihat karpet merah dengan kelibat pelakon Uqasha Senrose yang dikatakan ketat sangat umpama seperti berbogel.

Dah la pakai tudung, fesyen baju tak menggambarkan wanita berhijab. Nampak habis bonjolan-bonjolan dua ketul di depan, seketul di belakang.

Yang menjadi persoalan, mengapa Uqasha boleh pilih pakai baju tu. Sebelum tu Uqasha juga mengakui yang pakaian yang dia pakai itu kelihatan agak sopan, anggun dan elegan. -utaranews.com

Malam berinai, pernikahan Shukri Yahaya, Tya (86 gambar)

Sabtu, 21 November 2015

Shuib, Siti Sarah timang anak ke-3 (gambar)

Shuib Sepahtu dan isterinya Siti Sarah yang telah selamat bersalin cahaya mata ketiga mereka semalam tepat jam 12.27pm. Bayi lelaki dengan berat 3.1 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta.
Syukur Alhamdulillah Ya Allah tepat pukul 12.27pm hari Jumaat 20 Nov 2015 lahirnya putera ke-3 kami dgn berat 3.1kg. Syukur ke hadrat mu Ya Allah. Terima kasih pd semua yg mendoakan kami sekeluarga. Alhamdulillah #persuibofhappyness#babybaru #Alhamdulillah #syukur. -IG Shuib

Inilah cara didikan anak oleh Fasha Sandha..

“Saya hanya memberi kemudahan seperti gajet atau alat telekomunikasi jika diperlukan. Contohnya, penggunaan gajet untuk tujuan pembelajaran, bukan untuk kemewahan,”
Inilah komen Fasha Sandha bagaimana cara mendidik anak yang terbaik yang ditemui dalam satu majlis sambutan hari lahir salah seorang anaknya, Jemyma baru-baru ini.

Oleh sebab itu, suaminya turut setuju untuk tidak memanjakan anaknya dengan kemewahan sebaliknya hanya memberikan keperluan yang secukupnya saja kerana mereka mahu anaknya mampu berdikari apabila meningkat dewasa nanti. -Bharian

Sekitar pernikahan Shukri Yahaya, Tya (4 gambar)

Shukri Yahaya selamat bergelar suami kepada pasangannya Tya Adnan dengan sekali lafaz kira-kira pukul 3.36 petang pada petang Jumaat semalam, 20 November, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Shukri menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM300 termasuk sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan dan memberi tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang daripada pihak Tya.

Dalam perkembangan sama, pasangan berkenaan akan diadakan di A-Park, Kampung Pulau Meranti Puchong pada hari ini. -mStar

Aksi cium, Izara Aishah 'ok sahaja' tapi..

Jumaat, 20 November 2015


Dengar khabar yang pelakon manis, Izara Aishah ada membuat aksi cium dalam filem terbaru iaitu, Sinaran.

Walaupun babak itu seakan nampak real tapi Izara mempunyai alasan yang tersendiri yang memberanikan dirinya berbuat demikian.
"Saya tak cium dan tak kena pun, tetapi bunyi ciuman sahaja yang lebih. Biasalah dalam lakonan akan menggunakan 'camera trick' untuk menunjukkan perkara tersebut betul-betul berlaku,"

"Saya ok sahaja ketika melakonkan babak tersebut tetapi masih memiliki sedikit kerisauan dengan maklumbalas negatif penonton. Saya harap penonton faham dan tidak menghukum, kerana saya memang tidak mencium Syarif," jelas Izara Aishah petikan MediaHiburan

Alyah sambut harijadi Ramli MS. Sweet sangat.. (2 gambar)


Romantiknya Datin Alyah sambut hari jadi Dato Ramli MS

Alyah memuat naik foto beliau bersama suami Dato Ramli MS di akaun Instagramnya baru-baru ini untuk menyambut hari jadi suaminya. Ini adalah moment menarik yang jarang-jarang di buat Alyah sebelum ini. Diharap Alyah dan Ramli MS akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat mereka.

Awie mengenal rapat dengan seorang wanita, boleh kahwininya tapi...

Awie mengakui yang dia kini sedang mengenali rapat seorang wanita. Namun belum masanya lagi dia nak berkahwin dalam masa terdekat. Itu pun jika anak-anak beliau memberikah kebenaran dan setuju untuk berkahwin lagi.
“Soal jodoh saya serah pada takdir. Kalau saya rancang nanti bila tidak menjadi saya pula yang tak happy. Saya tidak mahu merancang pasal jodoh.

“Saya sudah dua kali melalui alam rumah tangga dan yang kedua ini masih dalam perbicaraan mahkamah. Apa yang berlaku saya tak nafi turut beri kesan pada anak-anak.

“Seperti lelaki normal lain sudah semestinya saya perlukan seorang isteri yang boleh bersama saya waktu susah dan senang di samping boleh menjaga anak-anak dengan baik,”

“Saya ini lelaki anak lima, adakah wanita yang mahu serius berkawan dengan saya? Terus-terang, saya berkawan dengan ramai orang.

“Kini, ada seseorang yang sedang saya cuba kenali hati budinya. Biarlah kenal dulu, barulah boleh fikirkan fasa yang lebih serius. Bila dah jadi, saya pasti umumkan.

“Asalkan ia boleh membahagiakan anak-anak saya, itu paling penting. Dalam hidup ini anak-anak lebih diutamakan. Kalau anak-anak kata okey, saya pun okeylah. Saya mahu anak-anak happy.

“Biarlah segala dugaan hidup saya seorang menghadapinya. Kali ini kalau jadi kahwin lagi biarlah atas persetujuan anak-anak. Saya mahu anak-anak hidup gembira dengan ibu tiri,” ujarnya lagi memetik ManggaOnline.

Instagram kontroversi ciptaan Fouziah Gous terima kritikan.. (3 gambar)


Sebuah akaun laman sosial, Instagram dengan nama zhafoujr telah menarik perhatian pengguna laman berkenaan. Ikut cerita, sebenarnya akaun tersebut di buat oleh Fouziah untuk anaknya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi dan menggunakan gabungan nama antara Fouziah dan suami beliau Zhaf.

Namuntindakan Fouziah untuk membuka satu akaun Instagraml buat anak yang belum lahir mengundang kritikan daripada pengguna di sana.

Ada yang menyifatkan Fouziah teruja berlebihan dan terlalu awal untuk mewujudkan akaun tersebut kerana tidak tahu lagi akan ketentuan takdir.

Zul Ariffin padam gambar Ayda Jebat, ini komen Ayda..

Khamis, 19 November 2015

Dengarnya Zul Ariffin telah memadam gambar dia dengan Ayda Jebat yang pernah digosipkan satu masa dahulu.

Dan ini komen Ayda mengenai hal itu.
“Saya tidak ada masalah atau mempunyai sebarang hal kerana akaun Instagram hak miliknya. Jadi mungkin dia ingin mengemas kini akaunnya dan membuang apa sahaja yang dirasakan tidak perlu,” -Ayda
Selain itu, Ayda menyatakan dia tidak mempunyai masalah untuk berganding bersama Zul dalam mana-mana drama bagaimanapun ketika ini jadual mereka masing-masing padat

Sekitar Usrah bersama Farah, Heliza dan Bob Lokman (5 gambar)

Pelakon, Farah Asyikin dan beberapa kawan artis lain seperti Heliza Helmy dan Bob Lokman telah menghadiri majlis agama Usrah Musika di bersama-sama penceramah, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani semalam. -gambar Facebook Farah Asyikin Zulkifli

Siti Nordiana kini popular disebabkan ini.. (18 gambar)


Nama Siti Nordiana kembali menjadi siulan ramai selepas konsert keempat Gegar Vaganza 2 di mana lagu nyanyiannya “Memori Berkasih” bersama Lan Kristal menjadi viral. Semua habis teringat kenangan lama masa zaman sekolah dulu.
Siti Nordiana semakin popular kerana Gegar Vaganza 2

Doktor, nurse diminta jangan biadap, jaga akhlak - Shahriza Mahmud

Pelakon vateran, Shahriza Mahmud bengang dengan petugas di sebuah hospital dekat Negeri Sembilan. Katanya kejadian berlaku apabila adik beliau yang hamil 5 bulan pergi bersalin di hospital berkenaan.

Shahriza meluahkan rasa tidak puas hati di dalam laman sosial Facebbok dimana petugas berkenaan diantaranya adalah doktor dan jururawat yang bertugas dan menyifatkan mereka sebagai biadab.

Dikatakan biadap kerana ada ayat yang terkeluar daripada petugas itu berbunyi begini,

Azma mengaku bersalah, didenda tapi Rosyam kata Azma baik..

Memetik portal mStar, Azma Aizal Yusoof mengaku bersalah kerana bertindak memukul pelakon Ika Nabella di lokasi penggambaran drama Dawai di Hulu Klang pada 2 November lalu.

Azma bertindak demikian kerana mahu Ika menjiwai karaktor yang diberikan kepada aktres itu, namun akur bahawa cara tersebut tidak sesuai dilakukannya.

Bila Ramona Zamzam bertudung (10 gambar)

Rabu, 18 November 2015

Bukan tetap Ramona memakai tudung. Mungkin hanya untuk suka suka. Takpelah, nampak manis juga dia bila bertudung. Harap satu masa nanti dia akan bertudung penuh. :)