Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ikat anak di salah erti macam 'Pet'? Lara Alana.. (video)

Sabtu, 31 Oktober 2015

Cuba dengar balik apa yang Awal Ashaari cuba terangkan berkaitan dengan isu ikat anak macam PET, Scha al Yahya pula sama kan anak mcm PET? Biar betik?

Mereka ditemui di program Meletop pada minggu yang lalu.

Ini sebab kenapa Kamal Adli digugurkan daripada Abang Long Fadil 2..

Jumaat, 30 Oktober 2015

Penerbit filem Abang Long Fadil 2, Datuk Yusof Haslam telah memberikan kata putus dimana Kamal Adli tidak akan berlakon untuk filem berkenaan.

Keputusan ini dibuat bagi mengelakkan konflik dan ketidakselesaan mereka berdua diantara Zizan Razak dan Kamal ketika set pengambaraan.

“Apa yang berlaku antara mereka rasanya tidak perlulah saya ulas lanjut. Sebagai penerbit saya perlu memikirkan jalan terbaik untuk kebaikan semua pihak dan kelancaran produksi ini nanti”

“Saya tidak mahu wujud perasaan kurang selesa atau konflik dalaman timbul apabila mereka terbabit dalam penggambaran nanti,” jelasnya.

Keluarga bahagia Memey Suhaiza, Norman Hakim (11 gambar)

Jawapan pedas Rita Rudaini bila ditanya bila nak kahwin lagi..

Dah 2 kali gagal dalam perkahwinan, sudah membuatkan pelakon Rita Rudaini cukup penat untuk memikirkan soal kahwin lagi. Semenjak kes dirinya bersama bekas suami kedua, Aidil Zafuan, kini hati Rita sudah tertutup untuk mana-mana lelaki.
“Jujur saya katakan, saya tak nak kahwin lagi. Bukan sebab saya frust atau apa tetapi kerana saya sudah penat. Itu sahaja. Lagipun, fokus saya sekarang hanyalah untuk membesarkan anak-anak semata-mata kerana jika saya kahwin pun, memang tidak akan ada lelaki yang boleh menyayangi anak saya seperti anak mereka sendiri,

“Terus terang, hati saya sudah tertutup rapat untuk mana-mana lelaki dan saya memang tidak ada hati langsung sehinggakan nak tengok lelaki pun saya tak lalu. Tapi saya tak berani nak cakaplah. Jika Tuhan kata jodoh saya kena kahwin juga nanti, berserah sajalah.

“Tipulah kalau tidak ada lelaki yang cuba nak dekat tetapi saya akan tolak sahaja dengan baik dan berharap selepas ini tidak perlulah mana-mana lelaki yang lain hendak mencuba nasib lagi. Paling menyakitkan hati, masih ada lelaki yang berdegil hendak memujuk dan menuduh saya serik. Saya tidak serik atau frust pun, cuma saya tak nak sebab dah penat,” jelas Rita Rudaini memetik portal Murai.

Jangan terkejut harga Mahkota Dato Seri Vida (gambar)


Harga Mahkota Dato seri Vida Didedahkan
Pengasas produk dengan tagline ‘Qu Qu Putih, barulah putih’, Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Dr Hasmiza Othman atau lebih terkenal dengan nama Dato seri Vida kini telah menjadi perhatian kerana sering mengenakan pakaian bergemerlapan dan mahkota.

Pemakaian aksesori seperti mahkota kata beliau adalah kerana minat serta hobinya mengumpul serta memakai mahkota sejak 5 tahun lalu.
“Angan-angan nak jadi puteri raja. Kena pula dengan cerita Frozen tu, memang makin saya minatlah,” katanya.

Malah, Dato seri Vida mendedahkan, mahkota paling mahal yang dipakainya berharga dalam lingkungan RM100,000 lebih manakala yang paling murah berharga RM10,000 lebih.

“Setakat ini saya ada 10 mahkota yang ditempah di Hong Kong,” katanya dipetik Media Hiburan.
Tambahnya lagi, dia kebiasanya akan memakai mahkota ini semasa promosi produk-produk atau ada majlis tertentu yang memerlukan untuk tampil menarik.

Apa kisah pertunangan 2 tahun Indah Ruhaila? ini komen dia..

Khamis, 29 Oktober 2015

Penyanyi Indah Ruhaila merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan selepas dua tahun mengikat tali pertunangan dengan jejaka berusia 32 tahun.

Indah berkata, dia masih mencari tarikh yang sesuai dan menyelesaikan beberapa perkara penting berkaitan kerjaya nyanyiannya terlebih dahulu.
"Insya-Allah tidak lama lagi, dalam tahun depan kami merancang untuk mendirikan rumah tangga selepas dua tahun juga mengikat tali pertunangan.

"Kalau boleh saya memang mahu berkahwin sebelum umur 30 tahun, kalau jadi akhir tahun depan, awal tahun depan kami akan buat persiapan sedikit-sedikit dahulu," ujarnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Indah berkata, dia dan tunangannya sudah pun mengambil kursus perkahwinan sebelum mengikat tali pertunangan lagi.

Maulana kini dah bergelar ayah (13 gambar anak)


Penyanyi Maulana dikatakan sepi daripada dunia hiburan, namun masih aktif lagi dalam menyanyi. Dan dalam diam juga, Maulana sudah mempunyai seorang anak. Gambar anaknya itu dimuatnaik di dalam laman Instagram miliknya.

Alif Satar kongsi gambar Alisha yang comel (13 gambar)

Bila Neelofa ketawa terbahak-bahak (video)

Bila Neelofa ketawa terbahak bahak ni memang susah nak lihat, selalunya dia jarang berbuat demikian, tapi sebagai pengacara untuk rancangan Meletop, Neelofa dah hilang pertimbangan.

Dimana tetamu jemputan ketika itu adalah Johan yang telah buat lawak yang membuatkan Neelofa ketawa sedemikian.

Tak percaya? korang tengok video kat bawah ni. Pasti ketawa juga.

video

Zul Ariffin, Zahira Macwilson keluar berdua lagi.. (4 gambar)

Rabu, 28 Oktober 2015

Tidak dinafikan lagi hubungan diantara Zul Ariffin dengan Zahira Macwilson kini sangat rapat. Mereka mula rapat sejak bekerjasama untuk sebuah drama 'Mr London Ms Langkawi'.

Baru-baru ini mereka berdua telah muncul di Tayangan Amal Travelling Beruang yang diadakan di TGV Mines Shopping Mall, kedua-duanya juga turut dilihat muncul bersama bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap kempen Travelling Beruang yang dianjurkan oleh TV3 sejak beberapa bulan lalu.
"Saya bukan mengelak. Apa yang boleh saya katakan, kami berkawan rapat. Saya tidak mahu berkongsi terlalu banyak maklumat kerana kami hanya berkawan. Kalau apa yang peribadi, biarlah saya simpan sendiri,"

"Saya dan Zul sama. Dia juga jenis terbuka seperti saya," -Zahira petikan portal MediaHiburan


Sarimah jumpa langsung dengan Paris Hilton (gambar & video)

Bukan senang nak bergambar dengan selebriti Hollywood ni kan. Sarimah antara selebriti yang bertuah dapat bergambar bersama sambil berpelukan dengan selebriti Hollywood terkenal, Paris Hilton.

Mereka bertemu ketika satu acara Festival Muzik ACV yang berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, Selangor pada Sabtu lalu.

Sarimah berpeluang berjumpa dengan Paris untuk satu sesi interview bagi sebuah stesen televisyen.

Baby bump anak ke-2 Liyana Jasmay (11 gambar)

Izreen Azminda tuduh bekas suami tinggal bersama kekasihnya.. PANAS!


Bekas Suami Izreen Azminda Jawab Isu Bersekedudukan Dengan Teman Wanita
Sebelum ini pelakon, Izreen Azminda ada mendakwa yang bekas suaminya, Muhamad Riza duduk serumah dengan kekasihnya dan membawa anak mereka bersama, lantas dengan dakwaan itu, bekas suami Izreen,  Muhamad Riza telah tampil membersihkan namanya dan menafikan dirinya bersekedudukan dengan kekasihnya.

Menurut Riza, beliau kini tinggal bersama adik bongsunya dan seorang pembantu jurukamera. Jelas beliau isu tersebut timbul setelah satu kejadian kecil berlaku sewaktu Riza memperkenalkan kekasihnya itu kepada anaknya Adrian Umar memetik sebuah blog hiburan.

Rahsia awet muda Nassier Wahab yang buat korang terkejut..


Nassier Wahab dedah rahsia awet muda
Meskipun kini beliau sudah berusia 53 tahun, namun penyanyi Nassier Wahab masih laris dan kerap mendapat undangan menyanyi setiap minggu. Bak kata orang, Naseer merupakan artis yang masih kental dan mampu bertahan umpama pepatah ‘tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas’.

Lebih menarik, wajah Nassier Wahab juga tidak banyak berubah sejak kemunculannya di era 80an sampai sekarang hingga dia digelar ‘awet muda’ kerana apa yang pasti, ketika era tersebut rawatan wajah menggunakan kaedah kolagen atau yang setaraf dengannya masih belum wujud. Jadi apakah rahsia Nassier Wahab?

Anak Norman Hakim bagi tazkirah agama (video)

Selasa, 27 Oktober 2015

Norman Hakim menerima pujian daripada pengguna laman sosial selepas memuat naik video anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim, berbicara tentang jerebu.

Dalam beberapa video pendek yang dimuat naik Norman ke akaun Instagram itu, dia dilihat berbual dengan Danish dan nyata, anak lelakinya itu punya pemikiran yang matang walaupun baru berusia 12 tahun.

Kata Danish, jerebu yang sudah berlarutan hampir dua bulan ini adalah petanda bahawa ia bukan sekadar bencana alam, tetapi lebih kepada satu bentuk peringatan Allah kepada manusia.

Tambah Danish, inilah masa terbaik untuk umat Islam khususnya, bermuhasabah dan bertaubat kerana bencana alam yang teruk juga salah satu petanda dekatnya hari kiamat.

Adegan comolot Fara Mendoza, Zwenstar.. PANAS!

Lagi kontroversi yang dilakukan oleh pelakon Fara Mendoza, kali ini dia dikatakan melakukan aksi cium aka comolot dengan penyanyi, Zwenstar di tempat awam.

Namun aksi berkenaan disalah anggap oleh seorang yang mengambil gambar berkenaan dan disebarkan sebagai adegan cium.

Fara memetik portal mStar, ianya adalah adegan sepasang kekasih bercinta untuk klip video nyanyian Zwenstar berjudul 'Ku Tahu'.

Zarina terima mesej rogol dari seorang 'alim' (gambar)

Zarina AnJoulie ni bukan lagi selebriti yang terkenal sebab lakonannya, tapi sebab banyak kontroversi yang dibuatnya dan penampilannya yang menghairahkan.

Namun baru-baru ini dia menerima mesej berbunyi 'jom rogol'. Yang peliknya pengirim mesej berkenaan menggunakan imej Islamik dalam laman sosialnya.

Memang sukar nak digambarkan sanggup menggunakan atau bajet agama untuk memikat dan menjahanamkan hidup wanita.


Harith Iskander timang anak ke-3 (gambar bayi)

Harith Iskander Musa teruja menyambut kelahiran anak ketiganya yang selamat dilahirkan pagi semalam (26/10/2015).

Harith, 49, menerusi status akaun sosial Instagram dan Facebook miliknya berkata, kelahiran bayi lelaki yang dinamakan Zydane Xayne Iskander itu menyerikan lagi kehidupan mereka sekeluarga.

Pra Perkahwinan Shukri Yahaya, Tya Adnan (9 gambar)

Mereka berdua akan disatukan menjadi suami isteri yang sah pada 20 November bulan hadapan yang difahamkan akan berlangsung di Putrajaya manakala majlis resepsi mereka keesokan harinya di Cyberjaya. -gambar Pinography Official.

Sudah kes tampar, Kamal Adli kini kes dengan Zizan Razak pula..

Setelah gimik adegan tampar diantara Kamal Adli dengan Emma Membong kini timbul pula kisah mengenai bekas kekasih Emma, Zizan Razak dengan kamal Adli.

Dengarnya Zizan engga digandingkan dengan Kamal untuk filem arahan Syafiq Yusof, Abang Long Fadil 2. Zizan yang memetik sisipan Bpop Bharian semalam, enggan mengomen mengenai hal itu.

Buat Kamal pula dikhabarkan yang kemungkinan nama dia digugurkan daripada membintangi filem itu. Populariti Zizan sebagai pelakon utama tidak boleh dinafikan jika nama Kamal digugurkan.

Mungkin disebabkan kisah cinta Zizan dengan Emma satu masa dahulu yang memungkinkan juga Zizan enggan rapat seduduk dengan Kamal.

Faizal Tahir timang anak ke-6 (gambar)

Isnin, 26 Oktober 2015

Tahniah Faizal Tahir di atas kelahiran anaknya yg ke-6. Belum ada info lanjut mengenai kelahiran bayi ini, namun telah dimuatnaik gambar anaknya ini ke dalam laman Instagram miliknya.

Rozita Che Wan upah jurugambar bila bercuti (41 gambar cuti di London)

Impian setiap manusia nak ada jurugambar pribadi untuk menangkap semua saat terindah ketika bersiar-siar atau bercuti.

Tapi itu semua mungkin menjadi kenyataan jika anda seorang berduit dan memiliki kekayaan. Buat Rozita Che Wan aka Che Ta, yang memiliki kekayaan dan rupa yang anggun, dia telah mengupah jurugambar pribadi untuk keluarganya.

Noni AF5 hisap vape! PANAS.. (gambar)

Wanita sekarang dah berani nak hisap benda-benda alah seperti rokok elektronik ni. Memang tidak dinafikan gejala tidak sihat ini semakin menular dengan koleksi vape yang berharga tinggi.

Namun bila dikaitkan dengan selebriti terutama wanita, memang ramai bakal memendang serong kepadanya. Noni AF5 adalah selebriti yang berani menghisap vape.

Noni telah memuat naik fotonya di Instagram sambil memegang vape dan terdapat sekeping foto lagi dia memegang refill atau flavour Vape.

Ramai follower Noni tidak bersetuju dan menasihati Noni agar segera berhenti daripada aktiviti ini memandangkan dia adalah seorang wanita.

Isu tampar Kamal Adli, Emma Maembong terjawab

Memang dah agak dah ianya adalah adegan gimik semata-mata. Ianya adalah adegan untuk mempromosi produk Est Cola yang telah dirancang.

Namun ramai peminat yang sudah hilang kepercayaan dan rasa pertimbangan diatas sikap Emma dan Adli yang menyembunyikan sehingga timbul banyak spikulasi.

Bila Shila Amzah nyanyi lagu Madah Berhelah (video)

Bukan senang nak bawa lagu yang dikatakan tinggi nadanya ni. Memang ramai yang berani cuba dan berjaya di viralkan dilaman sosial. Tidak ketinggalan penyanyi, Shila Amzah yang turut mencuba menyanyi lagu Madah Berhelah dengan versinya tersendiri.

video

Komen bekas tunang Adira AF yang buat sentap.. (video)

Ahad, 25 Oktober 2015

Bekas tunang kepada penyanyi Adira AF iaitu Shahrul Nasrun tampil untuk memberikan kenyataan dimana dia menganggap Aidra kini seperti seorang sahabat walaupun mereka tidak bersama lagi sejak putus tunang bulan Jun lalu.

Tambah Shahrul lagi, dia enggan bergaduh-gaduh dan bermusuhan kerana masing-masing sudah dewasa. Hanya mengingatkan "Yang lepas tu... lepaslah," kata memetik video dibawah. -video mStar

video

Nad Zainal ke Venice dengan siapa tu? (24 gambar)

Nad Zainal baru-baru ini bercuti ke Venice, Itali. Tapi percutian itu adalah sekali dengan tugasnya untuk berlakon penggambaran telemovie bertajuk Gondola Cinta di Venice.

Selain Nad, pelakon-pelakon lain yang terlibat adalah Azrel Ismail, Syuk SYJ, Azam Pitt, Elya Miera dan ramai lagi. Penggambaran telemovie tersebut bermula sekitar Ogos lalu dan dijangka berakhir November ini untuk siaran RTM.

Isteri Syaiful Zero hamil 2 bulan (gambar)

Isteri Syaiful Zero aka Melati iaitu Asyura Rudy, 27 kini sedang hamil anak sulung mereka dengan usianya kini dua bulan.

Mereka berkahwin pada 24 Julai yang lalu.

“Alhamdulillah, isteri saya kini sudah masuk bulan kedua kehamilan,” -Syaiful

Gambar percutian nampak 'pusat' Uqasha Senrose (6 gambar)

Jumaat, 23 Oktober 2015

Baru-baru ini Uqasha Senrose telah pergi bercuti bersama-sama adik beradik dan sepupunya ke Gerimis Senja Villa, Ulu Langat Selangor.

Dalam salah satu gambar yang dimuatnaik di Instagram dengan hashtag CFLvacacay tersebut dilihat seakan-akan menonjolkan perut Uqasha.

Ada pengikut di Instagram yang mempersoalkan hal itu tetapi komen tersebut telahpun dipadam dan adik Uqasha, Raysha Rizrose telah menjelaskan bahawa gambar itu tidak menunjukkan perut Uqasha tetapi inner yang dipakainya.

Selain itu, pengikut juga mempertikaikan fesyen bertudung Uqasha yang terang-terang menampakkan lehernya. Mungkin itu bukan leher Uqasha tetapi inner yang dipakainya? Cubalah bersangka baik.

Berfikir! apa maksud sebenarnya Izreen Azminda ini? (5 gambar)

Agak pelik melihat status di Instagram milik Izreen Azminda kali ini dengan gambar 'Berfikir' dan memberi maksud ianya seperti amaran kepada seseorang.

Izreen jika dilihatkan bukanlah kaki gaduh atau memiliki banyak kontroversi dalam hidupnya, tapi melihat status itu sepertinya ada yang berkaitan dengan anaknya.

Izreen juga dilihat sangat sensitif mengenai anaknya, Adrian. Adakah ia berkaitan dengan 'perempuan' atau teman wanita yang akan menjadi isteri bekas suaminya Riza?

Kemungkinan pasti ada kaitan tentang itu. Bukan senang untuk ibu tunggal untuk melepaskan anak mereka sesuka hati.

Anak ke-2 Wawa Zainal, Aeril Zafrel (5 gambar)

Anak ke-2 pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang lahir pada 18 ogos lalu ini bernama Hayla Maghfiratul Adzkiyaa. Dan kali ini banyak gambar anak mereka ini dimuatnaik ke dalam laman Instagram untuk peminat mereka berdua. Comel kan.

Rita dedah Aidil belum bayar RM30,000

Rita Rudaini yang sebelum ini menang kes mahkamah berhubung dengan tuntutan mutah (wang saguhati) telah mendedahkan yang Aidil Zafuan belum lagi melangsaikan sedikit wang berkenaan sebanyak RM30,000.

Tambah Rita, dia sepatutnya menerima wang berkenaan selepas mahkamah Syariah membuat keputusan pada 5 Oktober yang lalu.
“Saya masih tidak dapat apa-apa bayaran untuk wang mutaah saya. Saya pun tak tahu mengapa dia masih tidak melangsaikannya lagi sedangkan dia sendiri pernah berkata tidak mahu berhutang dengan sesiapa dan mahu segera selesaikannya.

“Sepatutnya dia sudah mula membayarnya kerana surat daripada mahkamah pun sudah dihantar.Sekarang ini hanya menunggu dia untuk selesaikannya sahaja,” katanya kepada murai

Adik beradik Che Ta yang cun (20 Gambar)


Kenali Adik Beradik Che Ta Yang Hot dan Menawan

Baru-baru ini Che Ta (Rozita Che Wan) telah memuat naik gambar adik-beradik perempuannya ketika berkumpul di sebuah restoran. Tak dipastikan menyambut majlis apa. Dari kiri, Rubytah, Rahimah, Raudhah, Rozita dan Rohaiza. Untuk pertemuan mereka ini, masing-masing mengenakan busana kasual rona hitam

Tahniah Rachel AF jadi graduan UM (gambar)

Khamis, 22 Oktober 2015

Rachel AF 2015 walaupun gagal dalam program Akademi Fantasia namun beliau berjaya di menara gading. Rachel telah belajar dari tahun 2012 sehingga 2015 dengan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Muzik)

Dan telah berjaya menghabiskan 3 tahun dan seterusnya mengikuti Majlis Konvokesyen Universiti Malaya 2015 baru-baru ini.
“Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak terutama ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Tanpa sokongan mereka kemungkinan saya tidak berjaya untuk mengenggam segulung ijazah. Kejayaan ini bukan untuk saya seorang tetapi kepada semua pihak yang membantu.

“Diharapkan dengan pendidikan yang saya perolehi ini, boleh dijadikan sebagai kayu pengukur untuk saya terus maju dalam bidang nyanyian.

“Walaupun tewas dan tidak berjaya menjadi finalis AF yang lalu, namun semangat saya untuk menjadi seorang penyanyi masih lagi menebal,” kata Rachel kepada portal Murai

Ini ke kekasih Nur Fazura? jangan terkejut.. (5 gambar)

Dengar gosip memetik portal forum Cari yang Nur Fazura kini bercinta dengan seorang ahli perniagaan yang juga telah mempunyai isteri. Yang lebih mengejutkan lagi tambah gosip berkenaan, isterinya merestui hubungan mereka berdua.

Ini ditambah dengan keyakinan Fazura untuk bersedia berkahwin seperti yang diberitahu melalui media baru-baru ini.

Tak pasti cerita ini benar atau tidak diharap Fazura tampil memberikan kenyataan.

Maria Farida nafi punca keretakan rumahtangga TAPI...

Pelakon Maria Farida mengakui berita yang tersebar luas sebelum ini di media sosial adalah karut dan tidak benar sama sekali mengenai punca sebenar keretakan rumahtangga seseorang.

Namun tidak dinafikan Farida rapat dengan bekas suami wanita yang diceraikan itu.
“Semua tuduhan dan gosip yang keluar di laman sosial itu adalah cerita mengarut. Saya hairan bagaimana orang ramai boleh cepat percaya pada gosip mengarut itu. Wanita yang dimaksudkan sebagai kawan baik saya itu sebenarnya sudah bercerai dengan suaminya sejak Ogos lalu. Dan wanita itu (K) tidak lagi bergelar Datin”

“Saya sebenarnya yang teraniaya. Sekarang, apabila saya rapat dengan bekas suami dan anak-anaknya, saya pula yang diburuk-burukkan. Saya hanya rapat dengan bekas suaminya selepas mereka bercerai. Untuk menjaga keselamatan, sekarang saya pasang bodyguard,” jelas Maria yang juga telah membuat laporan polis dan berurusan dengan peguam untuk tindakan selanjutnya.

Akma AF3 selamat melahirkan anak ke-2 (gambar)

Asiahtunakma Abdullah atau Akma AF3 telah dikhabarkan selamat melahirkan anak keduanya pada Selasa memetik portal Bharian.

Akma selamat bersalin secara pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court kira-kira jam 2 petang. Bayi berjantina lelaki itu dilahirkan sihat dengan berat 2.23kg.

Buat masa ini mereka belum meletakkan nama lagi, namun meminta seorang ustaz untuk mencari nama sesuai bagi anak mereka.

Anak pertama pasangan ini bernama Awatif Husna Hamshi berusia 2 tahun.

Adegan tampar Emma, Kamal hanya publisiti?

Rabu, 21 Oktober 2015

Adegan tampar Emma Maembong dengan Kamal Adli ketika berada di sebuah taman baru-baru ini mengemparkan ramai pemerhati kedua-dua anak seni ini.

Emma sebelum itu berang dengan cara Kamal yang memerhatikan seorang gadis yang lalu di situ lalu menampar Kamal.

Namun buat masa ini, kedua-duanya masih mengunci mulut mengenai hal ini. Namun memetik portal Bharian, MediaPrima akan membuat pengumuman khas mengenai insiden itu di Sri Pentas, Bandar Utama Ahad ini.

Adakah ianya Live di kaca tv dimana program Melodi akan menayangkannya? tetanya-tanya juga, adakah ini salah satu strategi Melodi untuk menaikan rating program itu, sebab ada gambar yang terselit diantara Emma dan Kamal atas undangan itu. ha ha ha.

Maria Farida perampas suami orang? sanggup bermandrem?

Dengar cerita yang pelakon cantik, Maria Farida menjadi perampas suami orang. Dan disebabkan itu berlaku keretakan rumahtangga suami isteri berkenaan.

Ini dibuktikan dengan status bekas isteri kepada suami itu di laman sosial. Pelbagai dakwaan yang dilemparkan oleh 'Izlny Karen' (nama empunya di FB) sehingga menuduh Maria telah 'mandrem' bekas suaminya itu.

Gambar ini bukti Tasha Shila akan berkahwin tak lama lagi?

Dengar berita yang Tasha Shila ada pergi ke kursus perkahwinan baru-baru ini. Ini membawa maksud yang Tasha bakal berkahwin tidak lama lagi.

Ini dibuktikan lagi dimana Tasha sendiri memuat naik gambar dia ke tempat itu dengan berbaju kurung dan menutup kepala dengan selendang.

Selain itu timbul gosip bakal ditaja oleh individu ternama untuk majlis perkahwinannya nanti. Kita tunggu je lah pengumuman dari Tasha sendiri nanti kan. :)

Shah Rukh Khan, Kajol dipertemukan semula (7 gambar + video)


Untuk pertama kalinya, Shah Rukh Khan dan Kajol dipertemukan kembali untuk satu short/long (tak pasti) movie, Dilwale. Mereka kembali setelah 20 tahun tidak bersama. Kenangan manis berulang.

Nora, Nedim bakal bersatu dengan ikatan pernikahan?

Hubungan diantara Nora Danish dengan Nedim agak misteri, adakah sebenarnya mereka bercinta atau menyembunyikan sesuatu daripada dunia luar.

Namun beberapa kali Nora menegaskan mereka sudah berpisah tapi hanya untuk sementara waktu sahaja. Kemungkinan mereka akan bersatu kembali.
"Sebenarnya situasi kami sangat rumit ketika menjalinkan hubungan cinta dan sebab itu kami mengambil.keputusan untuk berpisah bagi menyelesaikan beberapa masalah.

"Jujurnya kami memang berkawan dan Alhamdulillah sudah 80 peratus masalah sudah diselesaikan. Selepas satu demi satu dapat diselesaikan, situasi hubungan kami berbeza walaupun status kami hanya kawan.

"Bagaimanapun saya harap orang ramai jangan terkejut sekiranya kami membuat keputusan untuk berkahwin," katanya kepada mStar Online.

Eizlan Yusof mahu rujuk Vie Shantie?

Selasa, 20 Oktober 2015

Dengar khabar yang Dato' Eizlan Yusof masih lagi menyayangi bekas isterinya, Vie Shantie. Buat masa ini Eizlan akui hubungan mereka berdua kini baik dan kemungkinan bakal bersatu semula dimana Eizlan akan berusaha merujuk kembali bekas isterinya itu.

“Hubungan kami masih baik dan Vie juga banyak membantu dalam menjaga kebajikan anak-anak. Bahkan dia juga tidak pernah menghalang bila saya mahu bersama dengan anak-anak pada bila-bila masa. Anak-anak juga pada saya cukup bertuah memiliki ibu seperti Vie yang menjaga sebaik mungkin kebajikan anak-anak”

“Memang saya mengharap untuk kembali dan berusaha ke arah itu. Doa-doakan ia berjaya,” -Eizlan

Untuk makluman, mereka bercerai pada bulan Februari yang lalu dengan dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia yang berumur antara dua hingga enam tahun.

Michael Ang, Edry berdamai..


Michael Ang Dan Edry Abd Halim Akhirnya Berdamai
Nampaknya ‘persengketaan’ di antara pengarah popular, Michael Ang dan pengetua Akademi Fantasia 2015 (AF2015), Edry Abd Halim akhirnya terlerai selepas kedua-duanya dilihat sudah boleh bergambar bersama dalam sebuah majlis yang dihadiri, baru-baru ini.

Memetik Mynewshub, Michael Ang dilihat berkongsi foto terbaharunya itu bersama Edry di laman Instagram.
“Tammat, move on, Gegar Vaganza next!”
bagi menggambarkan yang kedua-duanya sudah pun move on daripada ‘pergaduhan’ yang tercetus minggu lalu.

Kerap ke kelab malam? Fara Mendoza kemalangan (3 gambar)

Dengar khabar Fara Mendoza terlibat dengan kemalangan dan mengalami kecederaan dalaman. Dengar cerita dari orang lain ini disebabkan dia kerap ke kelab malam, dan ini teguran kecil Allah untuk dia.

Salma Mentor selamat melahirkan anak (gambar bayi)

Tahniah buat juara Mentor 5, Salma yang selamat melahirkan anak sulung pada 13 Oktober lalu. Bayi seberat 4.1 kg itu dilahirkan di Hospital Serdang kira-kira jam 9 malam dengan kaedah pembedahan.

Nama juga sudah diberikan, Andi Raisya.

Bila Awie tampil bercakap mengenai 1MDB, sentap!


Komen Sentap Awie mengenai 1MDB
Siapa-siapa orang terkenal yang berani menegur 1MDB kemungkinan bakal terjadi sesuatu pada dirinya kelak. Itu tak pasti, Wallahualam, namun ramai dah terbukti, siapa tegur, tak kira artis, atau orang kenamaan.

Terkini, Awie tampil untuk memberikan pendapatnya yang berbeza mengenai isu 1MDB ini. Bagi Awie, banyak permasalah yang timbul seperti menjejaskan nama baik Negara, sentimen perkauman dan dan sebagainya dan ini harus diselesaikan dengan segera.
“Kalau boleh, kita mahu perkara ini diselesaikan dengan baik sebab imej Malaysia sangat tercemar ketika ini,

“Saya buka Internet, contohnya di YouTube. Ramai orang yang mengutuk dan ia amat memalukan.

“Jangan sampai rakyat pun malu untuk mengaku tinggal di negara ini,

“Kita boleh lihat sekarang banyak banyak sentimen perkauman dimainkan hingga hilang rasa hormat antara satu sama lain hanya kerana politik,” katanya memetik Malaysiakini.