Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Qi Razali, Nelydia Senrose putus cinta? (3 gambar)

Isnin, 31 Ogos 2015

Dengarnya Qi Razali dan kekasihnya, Nelydia Senrose kini dah putus bercinta. Tak pasti pula cerita ini betul, tapi mereka ada menyatakan hint itu di dalam laman sosial mereka masing-masing.

Mungkin hanya kiasan atau benar-benar mereka putus, harap ianya tak terjadi, doakan mereka masih bahagia lagi..

Sharifah Sakinah belum bersedia mahu anak sebab..

Ahad, 30 Ogos 2015

Menjadi kelaziman pasangan suami isteri, dikurniakan cahaya mata adalah rezeki yang ditunggu-tunggu oleh mereka. Berbeza pula dengan pelakon terkenal Sharifah Sakinah yang masih belum bersedia untuk menimang anak dan ingin fokus terhadap kerjayanya.

Kenyataan itu boleh dikatakan menyinggung segelintir pihak namun dia mempunyai alasan untuk membuat keputusan demikian.

Raja Farah akan kahwin tahun ini, tarikhnya ialah..

Raja Farah sudah bertunang baru-baru ini namun belum memperkenalkan lagi bakal suaminya yang baru itu. Namun mereka telah sepakat untuk bernikah pada 6 September ini di salah satu masjid sekitar Bukit Jelutong.

Johan, Hanif dan Rey bergaduh...

Dah agak dah dorang ni baik-baik je kan, sekali bergaduh bukan main lagi. Ish ish.. lihat je la video kat bawah ni..

video

PANAS! Tasha Shila tampar bekas kekasih, laporan polis dibuat..

Tasha Shilla tampar dan tendang Ex BF Han di kelab malam
Satu laporan polis yang didakwa dibuat oleh Han Wong iaitu bekas teman lelaki Tasha Shilla telah tersebar yang mendedahkan pelakon wanita itu telah menyerang pemuda berkenaan di sebuah kelab.

Laporan polis yang tersebar selepas ia dimuat naik pemilik Instagram yang dipercayai teman wanita baru Han (Carmen Emirda - gambar di atas) antara lain mendakwa, Han telah ditampar oleh Tasha di sebuah kelab hiburan di Jalan Ampang dekat sini awal pagi Jumaat.

Sharnaaz bercinta dengan kakak Neelofa?

Jumaat, 28 Ogos 2015

Sharnaaz Ahmad dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan kakak kepada Neelofa, Nabila. Namun bagi Sharnaaz dia menafikan perkara ini dan ianya hanyalah khabar angin semata-mata.
“Saya tak tahu pula mengenai khabar angin ni. Kalau ikut bab berkawan, saya kawan dengan semua orang. Saya rapat dengan Nabila pun sebab bisnes. Saya sekarang memang fokus pada bisnes,” -Sharnaaz

Bukan sebab Akim masuk Islam, sebab Stacy sebenarnya....

Stacy atau nama mualaf nya Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam memberitahu yang dia masuk Islam pada hari Selasa lalu bukanlah kerana ingin berkahwin dengan Akim.

Tapi atas sebab dirinya yang sudah lama memendam hasrat untuk memeluk Islam beberapa tahun yang lalu.
"Kalau saya peluk Islam kerana Akim kenapa saya perlu tergesa-gesa memeluk agama baru ini sekarang sedangkan saya dan Akim tiada apa-apa perancangan untuk berkahwin.

"Malah saya berani cakap kalau saya tak ada jodoh dengan Akim, saya akan tetap peluk Islam. Saya masuk Islam bukan sebab nak kahwin dengan dia tapi sebab saya mahukan Islam itu sendiri,”

"Akim antara yang banyak memberi semangat dan dorongan kepada saya sebagai saudara baru ini.

"Dia tidak pernah memaksa tetapi memberi dorongan apabila saya menyatakan hasrat untuk memeluk Islam," -Stacy petikan portal Murai

Erma mahu bercerai, Bade enggan bercerai.. ini jawapan mahkamah..

Erma Fatima difahamkan enggan meneruskan niatnya untuk bercerai dengan suaminya, Bade Azmi. Namun buat Bade dia enggan menceraikan Erma.

Semalam, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur memetik mStar, memerintahkan kedua-duanya melantik jawatan kuasa pendawai jika tidak dapat diselesaikan.

Marion Counter selamat melahirkan anak ke-3 (gambar bayi)


Marion Counter selamat melahirkan bayi ketiganya semalam yang di diberitahu sendiri olehnya melalui laman Instagram miliknya.

Jaclyn selamat melahirkan anak sulong (gambar bayi)

Tahniah kepada Jaclyn Victor kerana selamat melahirkan anak sulung berjantina lelaki pada 24 Ogos lalu. Menurut laman Instagram Jaclyn, bayinya itu masih belum diberi nama dab dilahirkan dengan berat 3.48 kilogram di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Bila Chef Wan pertama kali pandu kereta manual.. hehe..

Khamis, 27 Ogos 2015

Wah bukan main lagi nervous Chef Wan memandu kali pertama kereta manual. Sebelum ini Chef Wan dikatakan menggunakan khidmat pemandu upahan.

Rancangan LiteFM's First Time telah menjemput Chef Wan dengan perantara deejay LiteFM, Steve dan Shaz untuk merasai memandu kereta manual.

Dalam video ini kedua-dua deejay ini telah mengajar Chef Wan cara pemanduan yang betul dengan kereta manual dari aspek penukaran gear, clucth dan parking.

Tapi tengok gelagat dan telatah Chef Wan, tak terhenti nak ketawa.

Minat pelik Hanez Suraya ketika hamil.. Tak sangka..

Hanez Suraya bakal melahirkan anak pada hujung tahun ini mengikut jadual. Namun adat orang mengandung, terdapat alahan dan juga minat yang pelik datang.

Dan ini komen Hanez ketika dia hamil kini..
“Alhamdulillah, kandungan saya sihat. Syukur sangat kehamilan pertama ini tidak mendatangkan banyak masalah cuma alahan-alahan biasa sahaja. Sekarang ini pun saya tak boleh nak bau minyak wangi selain sudah jarang masak sebab tak boleh bau masakan”

“Kalau sebelum mengandung saya bukanlah seorang yang penggemar minuman teh tarik, tapi bila berbadan dua ini, saya jadi ‘gian’ minum teh tarik. Kalau boleh memang hari-hari akan pergi kedai mamak hanya untuk minum teh tarik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Yuna pertahankan pengacara bertindik subang di hidung...


Pengacara TV Tindik Subang di Hidung Dipanggil Lembu
Ada seorang pengacara TV telah memuatnaik gambar dia bertiding subang di hidung dan menimbulkan pelbagai reaksi pengikutnya. Ramai yang bersependapat pengacara itu keterlaluan dan mengikuti agama lain.

Pengacara rancangan Semangat Intelek Swadaya yang disiarkan di TV, Shea Rasol adalah pengacara yang dimaksudkan. Namun, penyanyi Yuna Azrai mempertahankan tindakan Shea atas sebab kebanyakkan Muslim dari India atau Pakistan  di dua negara berkenaan mengenakan tindik subang dan bertudung.

Isu ternampak bra dalam majalah, ini komen Tasha Shila (2 gambar)



Isu Foto Bra Tasha Shilla
Pelakon Tasha Shilla berharap orang ramai tidak melatah dan menghakimi dia selepas melihat fotonya menampakkan bra pada muka depan majalah Cosmopolitan edisi September yang dimuat di laman sosial Instagramnya semalam.

Yatt Hamzah sah cerai talak satu sebab mengelak untuk...

Dikhabarkan akhirnya rumahtangga dan status suami isteri Yatt Hamzah dengan suaminya, Abdul Mutalib sudah terlerai.

Perkahwinan yang dibina sejak Mac 2009 itu retak pada 25 Ogos dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah KL secara tertutup sekitar jam 4.23 petang memetik portal Bharian.
"Kami berpisah secara baik. Makluman ini dibuat bertujuan mengelak sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat. Apa pun mohon teman media mendoakan yg terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa. Sekian, terima kasih," -Abdul Mutalib

Maya Karin bercuti tempat menarik di Greece (40 gambar)

Rabu, 26 Ogos 2015

Kini Maya Karin yang kini sedang melancong dan bercuti di Greece. Dia bersama keluarga serta rakan terdekat daripada lima negara berbeza meluangkan masa dengan belayar selama seminggu di sana.

Gambar aksi peluk dan cium Zarina Anjoulie..

Sekali lagi Zarina Anjoulie membuat aksi panas di laman sosial apabila gambar berpelukkan dia dengan seorang jejaka yang tidak dikenali telah dimuatnaik olehnya.

Sepertinya mereka sepasang kekasih dan ianya bukan asing lagi buat Zarina dengan aksi begitu. Memang ramai yang mengkritik dan memberikan nasihat, tapi Zarina seperti enggan ambil peduli dan masih dengan pendirian sosialnya itu.

Percutian eropah Rita Rudaini, anak-anak (32 gambar)

Rita Rudaini telah membawa anak-anaknya bercuti ke luar negara. Percutian kali ini juga merupakan hadiah hari lahir buat Arjuna.

Putri Mardiana dikenakan waran tangkap khalwat..

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Putri Mardiana selepas wanita berkenaan gagal hadir pada perbicaraan atas tuduhan berkhalwat pada 14 Disember tahun lalu.

Hakim Syarie, Mohamad Zaid Abdul Aziz mengeluarkan perintah itu selepas aktres filem Ngangkung itu tidak hadir tanpa mengemukakan sebarang alasan munasabah kepada mahkamah.

Malah waran tangkap tersebut turut dikeluarkan kepada penjamin Putri Mardiana yang sepatutnya hadir pada perbicaraan itu.

Akim bengang dengan video Stacy masuk Islam...

"Mak Ayah Dia Dah Pesan Jangan Rakam" – Akim Ahmad
Isu Stacy masuk Islam memang dapat sambutan meluas media tempatan, Stacy sebelum itu memeluk Islam di pejabat Jabatan Agama Islam di Johor. Namun Akim tidak berpuas hati kerana tersebarnya video yang dianggap amat mulia itu dijadikan viral.

Namun menerusi beberapa tweet terbaru Akim Ahmad di laman Twitter, beliau seakan kecewa dan terkilan dengan penyebaran video tersebut.

Linda Onn kena bayar RM50,000 kepada majalah Ujang...

Selasa, 25 Ogos 2015

Perkembangan Kes Linda Onn Fitnah Majalah Ujang
Tarikh 21 Ogos lepas Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memerintahkan penyampai radio Suria FM, Linda Onn dan stesen radio itu membayar ganti rugi RM50,000 kepada pemilik majalah humor, ‘Ujang’ berhubung dengan kenyataan fitnah dalam satu segmen pada Januari tahun lepas.

Menerusi Bernama kelmarin, Hakim See Mee Chun memerintahkan defendan Linda Onn dan pemilik stesen radio Suria FM membayar kos RM20,000 kepada Datuk Othman Yusof dan MOY Publications Sdn Bhd 

Ekoran dengan keputusan mahkamah tersebut, Linda Onn memberi penjelasan situasi sebenar mengenai fitnah tersebut melalui akaun laman sosial Facebook dan Instagramnya.

Sekitar Majlis Doa Selamat Lisa Surihani, Yusry (8 gambar)

Keadaan terkini Ida Nerina (6 gambar)

Pelakon Ida Nerina Akhirnya Ditemui
Masih ingatkah anda pada kes dakwaan video dan kemalangan Ida Nerina dimana dia jatuh dan mengalami kecederaan di bahagian tulang belakangnya satu ketika dahulu? Apakah yang berlaku kepada beliau selepas bercerai dengan Sharin Blackrose dan di manakah beliau kini?

Semua persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila Ida yang kini berkerusi roda bakal menjadi juri program Liga Lawak Superstar (LLS) yang bakal disiarkan secara langsung di TV3 bermula Ahad ini. Turut bergandingan bersamanya ialah Vanida Imran dan Adlin Aman Ramlie.

Nora Danish, Nedim sah putus cinta..

Luahan Nora Danish Putus Cinta Dengan Nedim Nazri
Khabar angin mengenai status percintaan antara Nora Danish dan Nedim Nazri yang menjadi tanda tanya sejak beberapa minggu lalu akhirnya terjawab apabila aktres tersebut mengesahkan perhubungan mereka sudah berakhir.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, berkata, dia dan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu membuat keputusan tersebut atas persetujuan dan kebaikan bersama memetik MStar.

Video dua kalimah Shadat Stacy..

Stacy masuk Islam?

Isnin, 24 Ogos 2015

dengarnya dapat tahu tadi, Stacy Angie dah masuk Islam menjadi saudara baru. kalau betul, Alhamdulillah. mungkin dah nak kahwin dengan Akim lah ni kan tak lama lagi. :)

Kilafairy before money and after money.. (4 gambar)

Menjadi viral di laman Facebook apabila ada pendedahan mengenai wajah Kilafairy sebelum dia bergelar selebriti dan sekarang menjadi selebriti. Caption yang digunakan dalam laman sosial itu berbunyi begini..

Siti Nurhaliza terima menantu baharu.. (10 gambar)


Cantiknya Tunang Anak Tiri Siti Nurhaliza

Semalam berlangsungnya majlis pertunangan bagi anak tirinya iaitu Asyraf Khalid dengan seorang selebriti yang berasal dari Indonesia dan majlisnya diadakan di di Palembang.

Setelah selesai majlis, seluruh keluarga menyambut pula ulangtahun perkahwinan yang ke-9 buat pasangan bahagia Dato Siti Nurhaliza dan Dato Khalid Mohd Jiwa.

Penampilan Normala Samsudin terkini (6 gambar)


Alhamdulillah, sekarang dalam usia 51 tahun, Normala Samsudin kini sudah berhijab penuh. Dan ini komennya mengenai kehidupannya sekarang yang memetik portal mStar semalam

Sial nye Nad Zainal... lagi banyak pendedahan... PANAS!

Bekas Pengurus Dedah Kisah Hidup Mengejutkan Nad Zainal

Seorang lelaki yang juga dikatakan bekas pengurus Nad Zainal telah tampil memberi kenyataan yang sangat mengejutkan semalam mengenai Nad.

Lelaki yang diberi nama Alog Zuren dikatakan bengang dan mendakwa Nad sengaja mengada-adakan cerita untuk memburukkan nama beliau melalui media tempatan.

Buat masa ini belum ada pengakuan dari Nad Zainal mengenai hal ini.. Tunggu~

Sekitar malam berinai dan pernikahan Sheera Iskandar (59 gambar)

Sheera Iskandar yang telah selamat bergelar isteri kepada suami tercinta iaitu chef Doul Harun. Sebelum ini Sheera ada memberitahu yang dia akan melangsungkan majlis pernikahan terlebih dahulu dan merancang untuk meraikan majlis resepsi perkahwinannya pada tahun hadapan.

Dia juga mendedahkan tidak pernah bercinta dengan Doul malah mereka sendiri kali terakhir berjumpa adalah empat tahun yang lalu. -Murai | instagram #Sheeraiskandar

Sekitar red carpet Anugerah Lawak Warna 2015 (42 gambar)

Ahad, 23 Ogos 2015


Anugerah Lawak Warna 2015 (ALW 2015) bersiaran langsung dari Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134) Jumaat lalu.
GAMBAR IHSAN: HLIVE! / MEDIA HIBURAN

Nora Danish berbikini.. ini jawapan dia.. (2 gambar)

Nora Danish menafikan dia yang bergambar berbikini di sebuah kapal laut seperti yang difitnah oleh oleh segelintir pihak. Namun Nora tidak menafikan yang itu adalah rakannya yang berbangsa Cina yang sama-sama turut ikut serta dengan Nora.

Faezah Elai hamil anak ke-2 6 bulan (6 gambar hamil)

Faezah Elai memberitahu keadaan kesihatan tidak mengizinkan dia untuk terlibat dalam sebarang aktiviti seni setelah disahkan hamil anak kedua sejak Mac lalu.

Faezah mengakui pangalaman mengandung cahaya mata kedua ini lebih sukar apabila dia mengalami alahan yang teruk sepanjang usia kandungannya yang kini memasuki bulan keenam.

Zizan Razak nak pikat Ummi Nazeera?

Jumaat, 21 Ogos 2015

Dengarnya Zizan Razak kini nak 'test' dengan pelakon, Ummi Nazeera. Menurut sumber, mereka kerap keluar bersama makan di kedai makan. Dan ini diakui sendiri oleh Zizan menerusi portal Murai.
"Saya mengakui yang saya ada keluar makan bersama Ummi beberapa kali, tetapi kami tidak keluar berdua. Kami ditemani oleh pembantu peribadi masing-masing,"

"Selepas bekerja dengan Ummi, saya mula mengenalinya sebagai kawan. Dia seorang yang baik dan saya sangat menghormatinya sebagai seorang sahabat. Buat masa ini, hubungan kami tidak lebih dari itu. Saya selesa berkawan dengan Ummi," kata Zizan lagi.

Baby bump Hanez Suraya (8 gambar)

Sebelum ni jarang Hanez Suraya menayangkan perutnya yang hamil anak sulung tu. Baru-baru ini dia sempat berkongsi beberapa keping gambar baby bump dengan suami dan juga secara berseorangan.

Gambar terkini babybump Eina Azman..

Tahniah.. Eina Azman kini dah disahkan hamil anak sulung dan kelihatan perutnya dah juga membesar. Hasil perkahwinnya dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada bulan September 2014 yang lalu.

Awal Ashaari selfie berlaga pipi, ini komen dia..

Respon Awal Ashaari Apabila Ditegur Ambil Gambar Berlaga Pipi Dengan Wanita
 Awal Ashaari selfie bersama seorang wanita telah mendapat pelbagai respon daripada peminatnya di Instagram.

Foto tersebut Awal kelihatan terlalu rapat dengan wanita berkenaan sehingga berlaga pipi.

Fezrul Khan sah cerai talak satu..

Pelakon Fezrul Khan mengesahkan jodohnya dengan isteri Noorhafizah Zulkafli, 31, tidak panjang selepas kedua-dua mereka bercerai dengan talak satu.

Lafaz cerai dilakukan Fezrul di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada Rabu, 19 Ogos lalu  .

Fezrul bagaimanapun enggan menjelaskan berhubung punca perceraian itu.

Azwan Ali buat laporan Polis sebab sokong Najib tapi kena..

Khamis, 20 Ogos 2015

Azwan Ali Lapor Polis Kena Ugut Akibat Sokong Najib

Gara-gara menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Azwan Ali telah membuat laporan polis apabila salah seorang pengikut akaun Instagram miliknya mengugut untuk menumbuknya jika berjumpa.

Berpunca daripada ugutan tersebut, Azwan Ali telah bertindak untuk membuat laporan polis selain mahu mengheret pelaku tersebut untuk dibawa ke mahkamah. Untuk pengetahuan anda, pengacara ini merupakan penyokong tegar Najib Razak selain mendukung setiap saranan kerajaan.

Status Nedim ini hint putus cinta dengan Nora Danish?

Gosip panas kali ini memberitahu yang Nora Danish dengan kekasihnya, Nedim kini diambang putus atau sudah putus.

Sekeping gambar yang dimuat oleh Nedim seperti memberikan hint yang mereka sudah putus. Sebelum ini Nedim memuatnaik gambar dengan caption sweet untuk Nora tapi sejak menjak ni sudah jarang.

Bila Siti Nurhaliza nanyi lagu tamil secara LIVE (video)

Apabila Dato Siti Nurhaliza Menyanyikan Lagu Tamil Secara Langsung
Dato' Siti Nurhaliza Tarudin telah berjaya untuk memikat dan sekaligus memukau penonton dengan satu nyanyiannya dalam bahasa tamil di dalam sebuah majlis pembukaan International Superstar 2015 yang berlansung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.

Acara International Superstar 2015 merupakan pertandingan nyanyian antarabangsa India yang disertai oleh peseta-peserta antarabangsa dari lima negara iaitu Malaysia, Singapura, Mauritius, India dan Kanada.

Aaisyah Dhia Rana terjatuh katil, keadaanya..

Dikhbarkan Aaisyah Dhia Rana terjatuh dari katil sehinggakan hidungnya berdarah, ianya terjadi sebaik sebelum Che Ta dan Zain Saidin mahu pergi ke rumah terbuka yang diadakan baru-baru ini.
“Aaisyah jatuh katil sebelum kami datang ke sini (rumah terbuka) hingga hidungnya berdarah. Kami bawanya ke klinik dan doktor menyuruh kami pastikan Aaishah tidak tidur dan aktif. Kami memang bimbang apa-apa berlaku terhadapnya”

“Ia kejadian pertama terjadi membuatkan saya ‘mengamuk’ sekejap. Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius,” jelas Che Ta kepada Harian Metro.

Sekitar resepsi Abby Abadi, M. Faizal (41 gambar)


Gambar Perkahwinan Abby Abadi dan Jai Ezzany
Sekitar perkahwinan dan persandingan Abby Abadi  dan Muhammad Faizal Zakaria pada 16 Ogos iaitu Ahad lepas di kediaman keluarga Abby.

Majlis ini berlangsung meriah dan turut dihadiri bekas suami Abby iaitu aktor Norman Hakim, isterinya Memey Suhaiza, serta ahli kumpulan Elite iaitu Sasha Saidin, Linda Rafar dan Azza.

Tak ketinggalan memeriahkan majlis ialah tiga anak Abby dan Norman iaitu Mohammad Danish Hakim, Marissa Damia Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Tahniah Wawa Zainal selamat melahirkan anak ke-2 tapi..


Wawa Zainal Melahirkan Anak Perempuan
Tahniah diucapkan buat pelakon, Wawa Zainal yang selamat bersalin anak ke-2 beliau dengan suaminya Aeril Zafril pada sekitar pukul 10:00 malam semalam melalui laman sosial Instagram milik Wawa.

Anaknya itu berjantina perempuan dan belum lagi diberikan nama yang sesuai. Tapi buat masa ini wajahnya belum dipaparkan secara umum.

Pelakon baru buat kontroversi.. Nazrief telah melakukan... (3 gambar panas)

Rabu, 19 Ogos 2015

Panas.. pelakon baru (drama Suami Sebelah Rumah, Cinta Ibadah, Tanah Kubur, Misiku Kuza 2, dan Maskara), Nazrief Nazri memperagakan pakaian dalam sehingga menimbulkan rasa kurang senang beberapa pemerhati media.

Namun buat Nazrief, dia akui kesilapannya dan terpaksa berbuat demikian untuk penganjur dan majlis.

6 Kembar artis yang seiras, no.6 itu paling lawak (6 gambar)

Mungkin seiras tapi tak serupa. Kan. Itulah kembar-kembar kita di dunia ni, mungkin hanya selebriti sahaja yang dapat mereka kenali. Kalau kita, ada rezeki terjumpa lah tu.

Gambar no.6 tu mungkin lawak sikitkan. keke.

Apa yang tak kena dengan gambar Elfira Loy ini?

Elfira Loy kini menjadi perhatian selepas isu corak seperti babi di minuman buatan kafe nya beberapa minggu lalu. Kali ini isu yang dikatakan memakai tudung ala rahib gereja di sebuah majlis baru-baru ini.

Ramai pengikutnya yang mengriktik dan menasihati Elfira supaya lebih sensitif dengan isu pemakaian tudung. Namun bagi Elfira ianya bukan penghalang untuk terus dia menutup aurat di bahagian atas.

Punca utama kenapa mikrofon Ziana Zain terbang...

Inilah dia sebab utama kenapa video di Fesyen Week Kuala Lumpur baru-baru ini yang manjadi viral disebabkan mikrofon terbang oleh Ziana Zain.

Ziana juga beranggapan apa yang terjadi itu adalah sebagai 'drama lucu' sepanjang karier nyanyiannya.
"Rasa kelakar pula. Semua sebab losyen tangan. Pada penghujung nyanyian ketika menyampaikan lagu XO (nyanyian asal, Beyonce), saya mahu angkat tangan, tetapi mikrofon pula yang terpelanting.

"Selamat saya tak jatuh. Tetapi ketika kejadian itu, semua orang berdiri dan bersorak. Tetapi itulah, pakai losyen atau tidak, jika sesuatu nak terjadi, ia tetap akan terjadi," -Kata Ziana memetik laporan mStar semalam.
Dalam video itu juga, Ziana bersikap professional dimana Ziana mengambil semula mikrofon berkenaan dan mengakhiri persembahannya dengan penuh yakin sambil memberi ucapan 'That's it, Thank You!'.

Mia Ahmad, Syarul Ridzwan putus cinta..

Mengikut satu sumber, hubungan cinta diantara Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan kini dah putus. Ini ditambah dengan akitiviti pemadaman gambar manis dan romantik mereka dilaman sosial Instagram.

Dan sepertinya bayangan itu memberikan hint yang mencukupi membuktikan dakwaan si sumber. Buat masa ini belum ada pengakuan rasmi dari Mia mahupun Syarul

Namun ramai pengikut mereka di instagram memberikan doa dan harapan agar hubungan mereka kekal hingga menjadi suami isteri.